3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

14 June 2011

Best ke KL Gengster ni?

SERDANG, Selasa: Seorang penonton yang tidak mahu dikenali, mengaku bersalah atas tuduhan menyebarkan ayat berbaur hasutan mengenai filem KL Gengster yang hari ini mencapai kutipan melebihi RM2.5 juta menjelang tayangannya hari kelima, di dalam blog, dan juga akaun Facebook dan Twitternya.

Penonton yang dipercayai berbangsa Melayu, telah ditangkap di hadapan kiosk TM Everyone Connects di tingkat 3, Mines Shopping Complex, ketika cuba menyebarkan hasutan.

Ketika ditangkap, penonton ini sedang menyebarkan ancamannya secara online."kepada sesiapa yang berani mengatakan KL Gengster tak sebest mana, beliau akan menghack akaun Facebook mereka."

Penonton ini telah dibawa ke balai Polis Sri Kembangan beberapa minit kemudian untuk disoalsiasat selanjutnya bagi mencari kaitan antara siri hacking Jack Sparrow dan entiti Anonymous Operation yang telah berura-ura akan menyerang Laman2 milik Kerajaan Malaysia. Ketika dibawa, kedengaran penonton ini menjerit2, "KL GENGSTER TERBAIK! KL GENGSTER TERBAIK!"

Dalam berita lain, Jack Sparrow menafikan sekeras2nya bahawa beliau memiliki kaitan dengan Anonymous Operation. Beliau dikhabarkan telah menyahkaktifkan kesemua akaun onlinenya termasuk akaun2 shadow dan fake.

**********************



Pointnya adalah: siapa yang kata KL Gengster tak best, lu memang silap la bro! KL Gengster memang best gile. Shaheizy Sam x beraksi sama pun dah best. Wa yang tengok dah tertinggal 10 minit pun tak boleh bayang kalau dia ada dalam KL Genster II nanti.

Mana la tau, dia nak buat story line macam Fast Five ke kan? Pecah penjara ambil Malek ke kan? :D

Hmm. Kenapa KL Gengster best? Kenapa ya? Kenapa?

#1:Unsur kekeluargaan dan konflik dalaman yang sangat kuat dan menghibakan.
Melalui pencahayaan dan angle camera yang baik, kita boleh nampak emosi yang ditonjolkan.

Kita nampak anak sulung yang masih rasa bertanggungjawab, Malek, namun rasa terhimpit untuk pulang. Dia takut dimarah ibunya, dulunya, yang pernah menghalau dan membencinya. Untuk segala yang dia lakukan dan siapa yang dia jadi buat menyara keluarga.

Kita nampak anak perempuan, Zaty, yang protes kerana apa yang dilakukan abangnya, membuatkan dia jadi siapa diri dia sekarang.

Kita nampak adik lelaki, Jai, yang berusaha menjadi lebih baik dari abangnya. Dan akhirnya sanggup memutuskan ikatan keluarga kerana lebih sukakan wang.

Kita juga nampak apa yang jadi pada hubungan anak dan ayah tiri yang berbayangkan kegelapan. Sejarah tetap sejarah. Namun, kerana "sayur" berharga 3, 4 ribu, hubungan kekeluargaan (meskpun tiri,) diketepikan.

Kita juga nampak emosi hiba Malek di shot + angle pertama ketika Ajib meninggal dunia. Dan emosi-aku-nak-balas-dendam-siaplah-korang-semua-aku-langgar waktu angle shot + angle kedua diambil. Sangat jelas, okay?

#2:Gabungan elemen ganas + komedi yang menjadi.
"Kalau harap gaji Dragon bagi, makan pasir je lah korang. Kau nak makan pasir. Kau nak makan pasir? Aku nak makan fish and chip." HAHAH. Terbaikk la bro. Tak tau Ery Putra boleh kedengaran lawak dalam serius. :P

Zizan aka Bang Long Padil, membantu menyerikan lagi lawak2 spontan dalam ayat. Watak tambahan yang boleh dikembangkan mungkin di produksi Syamsul seterusnya.

Adegan2 pergaduhan yang real, agak pantas, dan convincing, (walau ada adegan cermin pecah dulu sebelum orang yang dibaling sampai). Seperti biasa, garapan Syamsul akan menggunakan gerakan tinju yang mudah, namun dibantu dengan koreografer yang hebat tentunya, ia jadi magnificent. Bravo!

#3: Dialog yang kemas dan tak meleret.
Ni paling jelas. Sangat lain dari DYH. This one, i like it the most. Kipidap bro! Sangat tak suka ayat ceramah. (Cuma mungkin ada yang terlepas dubbing? Macamana mak boleh panggil Padil itu Malek?)

#4: Story line yang bagus.
Sebab saya tak tahu apa hidupnya dalam bayang Kongsi Gelap, saya cuma mampu assume ni yang terhampir pada hidup sebetulnya. Sekurangnya ini lebih membumi dari KL Drift satu dan dua.

#5: Kekuatan pelakon yang seimbang. 
Tak nampak beza sangat watak pembantu dan watak tambahan, kerana kesemua pelakon memberikan hasil lakonan yang 'wow'.

#6: Sebab gi tengok dengan geng yang best!

Cukuplah 6. Nak cerita banyak pun , kalau korang semua tak pergi tengok lagi, belum tentu setuju, kan?

So, jom lah tengok sama. =) Sementara ada di cinema, tengok la dulu. Astro First tunggu lah minggu depan. Bak tweet2 Lisa Surihani (amboi tak nak kalah, nak letak Lisa Surihani gak).

Terima kasih kerana baca sampai habis. Kalau suka, Like + komen2 lah. =)

p/s: Berita tu tipunya beno. :P

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails