07 June 2011

Genetik X Men dalam Melayu?


XMen dan Melayu. Kuasa2 pelik dalam orang Melayu yang mungkin kita tidak sedari pernah wujud, sebetulnya, dan diabadikan dalam pepatah juga peribahasa Melayu.

Tak percaya? Jom kita tengok lagi~!

1) Panjang Tangan : Asalnya kuasa ini dimiliki oleh pendekar yang mempunyai kuasa serangan pukulan tangan jarak jauh, dan musuhnya mengganggap pendekar ini mempunyai tangan yang panjang.

2) Batu Api : Kuasa ini membolehkan penggunanya menjadikan elemen batu2 di sekelilingnya sebagai batu api, yang boleh ditembak dalam middle range combat

3) Putih Mata: Kuasa ini membolehkan kesemua orang di sekeliling mereka merasakan ada layar putih di hadapan mata mereka, dan pengguna kuasa tidak akan dapat dilihat.

4) Naik Angin : Dengan kuasa angin, pengguna mampu mengawal turun naik angin sesuka hati. Kuasa ini biasanya digunakan oleh kelasi kapal secara berjamaah untuk melajukan kapal. Yelah, zaman dulu kan. Mana ada NOS macam di kereta Turbo.

5) Panas Hati: Hati yang panas membolehkan haba dikeluarkan dari hati, seterusnya membantu memanaskan persekitaran yang sejuk. Amat berguna ketika berada dalam kesejukan melampau. Macam kuasa Hovak kut?

Kesemua kuasa2 Alter Melayu ini disimpan dalam simpulan bahasa Melayu, agar bangsa Melayu tidak akan lupa kuasa2 asal mereka. Untunglah siapa yang selalu guna simpulan bahasa~

p/s: Entri ni suka2 ajek ya. Why So Seriouss~ ngee~ :D

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails