3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 June 2011

RT: Facebook Page

RT= Respond To. RT saya ilhamkan buat blogger yang suka buat entri respon pada entri kawan2 lain, dan juga blogger yang mungkin belum ada idea yang mampu tertuliskan.  Ini bukan contest, tapi saja2 meramaikan pengikut budaya membaca dan menulis jek =)

Caranya mudah.
1) Mulakan tajuk entri dengan RT , dan tuliskan tajuk anda sendiri.
2) Copy link entri kawan yang mahu di RT, backlink kan dalam entri,
3) Tag kawan tadi dalam geng blogger yang anda join, ketika ping, dalam main status. dan kawan2 lain yang anda suka, dalam comment =)
4)

kalau nak cantik, tambahlah image ni. kalau tak nak, no entry, eh silap, no hal =) boleh copy di sini :)
Takde had limit dalam sehari. Boleh post ikut seberapa banyak anda mampu, mahu dan tahu. =)



Entri ini ditulis sebagai "respon to"  entri Mas Ahmad Safwan bertajuk Facebook Page. Entri beliau boleh didapati di sini. Pada readers sekalian, selamat membaca! =)

Facebook Page sememangnya tool yang sangat berguna untuk menyebarluaskan sasaran pembaca blog kita.

Sebagai marketer untuk produk sendiri, penulis, atau sekadar suka2 berkongsi pendapat, penggunaan Facebook page yang betul mampu membantu kita mencapai tujuang yang kita maksudkan.

Dengan jumlah penggunaan Facebook yang terkini mencapai billion, dan dengan mengabaikan faktor ketepuan, sifat viral (rebakan) yang ada pada Facebook  membolehkan lebih ramai orang mengakses site atau blog kita setiap hari.

Namun, ini juga bergantung kepada:

1) Branding
Sejauh mana blog pergi, amat berkaitan dengan sebagus mana branding yang kita gunakan. Sebab itu kita harus menggunakan concept yang baik dalam membina, mengurus dan mencantikkan blog. Dan mengekalkan concept itu tadi, pada penamaan Facebook Page kita.

Contohnya, dengan menggunakan objek yang ada di blog , pada profile picture Facebook Page kita.

2) Name structure.
Lebih kurang seperti branding, penggunaan nama Facebook Page yang baik membolehkan kita mendapatkan viral yang lebih berkesan. Dan, menyenangkan hidup dan urusan di masa akan datang.

Macamana tu?

Dengan nama Facebook Page yang simple, dan tanpa identiti platform blog, contohnya, the Midas, bukan the Midas.Blogspot.Com, kita membenarkan like box ini dipindah ke domain sendiri. Jika tidak, tentu kita akan segan apabila domain di atas sudah .com, tapi di like box masih blogspot.com.

Untungnya, sebaik saja jumlah reader yang menekan Like mencecah 25 orang ke atas (ketika facebook page saya dibuat, nama facebookpage tadi telah ditukar dari asalnya, iaitu Fahmi Mahat Blogspot, kepada Fahmi Mahat Blog.

Facebook tidak membenarkan saya mengunakan nama yang asal, kerana saya sendiri yang tidak mahu ada akaun duplikat pada nama saya sekarang.

3) Likeability
Mengekalkan kuasa pengaruh dengan menggunakan kuasa likeability. Apa ni? Ini adalah kuasa yang menentukan sejauh mana kita mampu disukai dalam Internet. Teorinya mudah: Adakah kita akan lebih mudah  sebarkan apa yang kita sukai pada orang lain, sebab orang itu disukai ramai?

Untuk ini, kita haruslah jadi orang yang 'likeable' dalam dunia online. Face it, takde siapa suka orang yang suka benci orang lain.

Oleh itu, jom kita belajar kurangkan post2 entri benci membenci, bahan membahan. Mari jadi blogger yang berkongsi cerita gembira, baik ulasan kisah kita atau kisah orang lain.

4) Susunan gadget
Gadget Like Box yang lebih mudah dilihat memungkinkan kita disukai dengan lebih mudah. Contoh terbaik adalah di blog post seperti coding yang telah diletakkan di Sahabat Blogger Docs. Contoh lain : masukkan dalam kod header blog anda dengan iFrame. Mudah, boleh buat sendiri. Tak pandai,  boleh tanya Mas Ahmad Safwan, dan juga saya sendiri. Malah saya boleh masukkan kod Like Box dalam header Flash kalau anda mahu.

Sekian dulu buat masa ni. Salam Alaikum!! :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails