3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

07 June 2011

Mencari Diri:XMen First Class Memang Kelass!


Ketika semuanya menjadi sengketa,
hilang erti bersaudara,
mungkin tak siapa sangka,
itu semua bermula dari kasarnya kata,
dan sinisnya senyum.

Semua ini dapat kita saksikan dalam X Men First Class.

Lupakan keinginan untuk melihat effect tebaboom yang terlalu hebat. marilah kita fokus sama-sama pada perkembangan watak2 Kelas Utama X Men ini.

Perhatikan bagaimana seorang yang diketahui mampu membaca minda, walau kelihatan sangat menarik di mata wanita (dengan kelebihan 'memahami' apa yang wanita fikir) namun tak semestinya mampu membaca apa yang tersirat.

Bagaimana mini-penolakan layanan lebih dari kawan@adik angkat antara lelaki dan perempuan memungkinkan  Raven a.k.a Mystique merasakan ia tidak akan selamanya mampu menjadi wanita terbaik dalam hidup Charles Xavier, meskipun Charles sendiri mengakui hanya Ravenlah satu2nya kawan dalam hidupnya.

Dan bagaimana mini penolakan itu memberikan Erik peluang untuk mendekati wanita yang istimewa. Dalam ayat ini " if you meet a tiger, would you really want to cover it?", kita akan lihat bagaimana wanita sebetulnya mahukan lelaki yang mampu menerima nya walau apa pun dia.

Dan bagaimana mini-penolakan itu menjadi kekuatan yang menggerakkan Mystique untuk masuk ke dunia Brotherhood of Evil, dan bukan bersama X Men.

Bagaimana juga kita saksikan persahabatan yang mulia, noble, yang memilih untuk berpisah kerana pada asasnya tidak sama objektif.

Sedang dalam masa yang sama, perhatikanlah juga kalau2 ada antara kita dan kawan2 kita, yang tidak sama objektif, namun sentiasa mahu cuba membantu menyelamatkan satu sama lain.

Bagaimana juga ketika Mystique yang baru saja seronok berjumpa rakan2 baru yang serupa dengannya, yang tidak mengganggap dirinya 'freak', dimarah oleh Charles atas logik Charles yang tidak mampu memahami mengapa Mystique tidak mahu menjadi senior X yang lebih bertanggungjawab.

Kita juga akan melihat betapa perkembangan watak2 ini dari dimensi emosinya, membawa standard cerita XMen First Class ke tahapnya yang tersendiri.

Akhirnya, kita tahu :
1) having faith in oneself begins with accepting oneself first.
2) having faith in others is the best power to unlimit others' potential

Dlm BM,
1) langkah meyakini diri sendiri bermula dengan memahami dan menerima diri sendiri seadanya
2) kemampuan meyakini orang lain adalah kunci untuk membuka potensi diri orang lain itu.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails