3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

20 June 2011

Dari Jalan Novel ke Dramaraya

Sekarang terlalu banyak entri dan blog yang kita baca tentang drama. Twitter dan Fb pun sama. Ramai sangat orang nak ada suami macam suami Nora Elena. Kan?

Mungkin tak direct, tapi, terima kasih kepada usaha mengubah novel menjadi skrip, kesemua ini mampu menjadi kenyataan.

Siapa sangka novel yang diwatakkan dengan Nora Elena menjadi fenomena, kan?

Semuanya bermula dengan jalan mengubah novel ke skrip drama.

Kita perlu sudah tentunya berterima kasih mereka yang membuka ruang penulis yang merintis jalan menterjemah novel ke skrip. Di Barat, sudah banyak drama, bahkan movie, yang diskripkan dari penulisan novel.

Contohnya Sharifah Abu Salem yang bekerjasama dengan Rosham Nor (suhan productions) sebelum ini.

Begitu juga Ummu Hani dengan produksi ayahnya sendiri, Abu Hassan Morad. Alah,  dalam drama yang ada memuatkan buku  tulisan Ust Hasrizal (Saiful Islam.com) itu lah. Yang watak utamanya perempuan yang korang suka tengok tu lah. Ape ke nama tajuk nya tah~

Seronok, kan, rasanya, apabila tengok watak-watak kita pernah baca, dihidupkan dalam layar perak dan layar emas?

Lagi-lagi bila dilakonkan oleh pelakon yang kita sukakan dan rasa serasi dengan watak tersebut.

Sekitar tahun 2003, Majalah Gempak menyiarkan cover tentang novel Lagenda Budak Setan tulisan Ahadiat Akashah.

Menariknya, pada waktu ia ditulis, artikel ini turut memuatkan pelakon-pelakon 'bayangan' beserta deskripsi kenapa watak itu sesuai dengan pelakon tadi.

Saya teringat, Nor Fazura juga dilibatkan dalam artikel tu, tapi bukan watak Katerina. Sebaliknya watak katerina dicipta untuk Natasha Hudson. Haha. Watak Utama lelaki pula pemain hoki Malaysia yang tengah market time tu. Tah siapa ke namanya. Lupa.~ =_=

Tak sangka akhirnya ke pawagam juga saya tahun lepas untuk tengok cerita tu. =)


Personally, saya amat berharap usaha ini dapat diteruskan lagi bersama penulis-penulis dari genre lain juga di masa akan datang.

Juga menanti geng blogger yang pantas + pandai menulis entri berbentuk penceritaan untuk tampil sama memeriahkan layar perak dengan karya mereka. Peh. Bes tu!


p/s: Sedang membayangkan, andainya Saga Empayar Kristal tulisan kawan Mohd Firdaus Ariff di'layar-emas'kan, dengan KRU dan Las Copaque untuk CGI dan kesan khas, bersama Aziz M osman sebagai pengarah kreatif. Wow!


Cover Novelnya:~ =)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails