30 June 2011

Pehhhh: Duit Kutu FB Page


Mungkin dia lebih bermakna
dari yang menunggu menanti jawapannya

Mungkin dia lebih setia
dari yang menunggu, menunggu terus menunggu

Dan bilakan lagi,
semua tercoret pasti menjadi bait lagu ini

Dan bilakah bakal
berakhir segala
andai dikau mahu memahami

Buangkanlah aku
Pulangkan hatiku
andai dikau tiada mahu lagi ku berada situ

buangkanlah aku
hilangkanlah jejakmu
agar tiada perlu ku berharap menanti dan terus menunggu.


Hmm. =_=

yang sebetulnya nak cerita tentang entry nih..



********************************

Duit kutu sekarang dah evolve, pakai FB pages pulak. Canggih betul lah... =)

Uncle (bapa angkat merangkap mentor) pernah bagitahu, smakin maju dunia kita, semakin maju lah cara penipuannya, walaupun apa yang ditipu tu tetap perkara yang sama, dan yang ditipu tu tetap kelompok manusia yang sama.

"Abis tu, kita nak buat macamana, uncle?" Tanya saya, ketika menyuap roti bakar. Kipas di Bangi Kopitiam tak mampu menghalau kepanasan jam tiga petang ketika itu.

"Sebab tu lah, orang -orang macam Fahmi, lepas grad nanti, perlu masuk masyarakat, ke depan, dan jangan biarkan sesekali orang yang macam ni menyesatkan masyarakat yang sama, yang pernah Fahmi kenali. "

"Hmmm.. " Saya memberikan respon sekadar mengangguk , sambil menyudahkan kunyahan.

"paling penting...." Uncle terhenti seketika. Saya mendongak, terlihat satu renungan serius Uncle.

"...Fahmi jangan buat perkara yang sama orang-orang macam ni buat. Tak lama pun duit tipu tu kalau dapat. Kejap je terus habis."

----------------------

Dialog tu berlegar di fikiran, ketika saya  ternampak login FB page untuk duit kutu RM20 macam ni. Ayat yang sama digunakan dalam duit kutu stail wang pos dulu.

Cari kawan * guna acc bank aje * asal ada Fb semua jalan * tak perlu jual produk * tak perlu maintain point

Pesan saya pada diri sendiri dan kawan2, kalau betul mahu main duit Kutu, mainlah dengan kawan yang dikenali saja.

Bukan cerita duit kutu saja. Tapi untuk mana2 insiden penipuan scara jelas. Awal-awal mungkin senang hati. Tapi akhirnya belum tentu.

Cerita tentang Bersih pula (Kisah apa entri SEO ke tak. Memang mahu tulis , biarlah campur pun).

Melihat latahan orang, nyata mereka lupa dengan apa yang pernah mereka perkatakan tentang 'mogok' mereka masing- masing sebelum ini.

Trauma + Fobia dengan bayang-bayang sendiri? You name it. 
Nak lesen perkumpulan, dah pernah dilulus, tapi dibatalkan semula.
Apalah yang takut sangatnya. Kalau dah betul2 memang tak salah, kenapa nak takut?
Time group korang buat 'mogok', agak time tu, memang jalan tak jam lah ya? memang takde pelancong tengok rakam lah ya? memang takde kedai yang rugi lah ya?

Kesian. So, kita ramai-ramai pakai baju kotor lah 9 Julai nanti. =)

p/s: tak dapat nak join entry Spontan Khamis lagi la. Sebab tetibe datang mood nak membebel banyak2. Sekali gus.

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hurm.. manusia sekarang nk cepat kaya.. nk kaya tanpa ada usaha.. sebab tue banyak terjadinya penyelewengan dalam sesuatu perkara aka syarikat
1 reply · active less than 1 minute ago
hmmmmm.. betul3.. =) TQ ya sudi dtg singgah n komen, atiq =)
tau xpe. mmg gile mende nih.. =_= smlm (mlm td) nampak depa duk promote, bkn takat dlm Home, tapi dlm SB tu... pehhh
tq sudi singgah sini, hanim~ =)
Lydia miza's avatar

Lydia miza · 717 weeks ago

ishh jgn cr psl main kutu kat fb..
1 reply · active less than 1 minute ago
tu la..... .....
tu la ramai jugak yang terkena sebab main kutu kat fb ni ,9 julai ni kalau pakai baju kotor nanti di panggil kutu jalan pulak fahmi hehe kena berrsih la :)
My recent post Mesti Baca : Arah tuju sesebuah blog..
1 reply · active less than 1 minute ago
hahahah... itu memang saya setuju... .dua... kutu jalan i like~ TQ sudi singgah n komen yea =)

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails