Menerima pendidikan awal di Al Raudhah ABIM, sebelum mencungkil dan mengasah bakat di Sekolah Rendah (Kebangsaan) Laksamana Kota Tinggi sehingga 1995, saya telah diterima sebagai salah seorang ahli keluarga SMAPK sehingga tamat SPM 2000.
Menamatkan pengajian kemudiannya dalam bidang Hafazan yang diminati di Darul Quran Jakim menerusi twinning program bersama UIAM, pada pertengahan tahun 2002, saya menyambung peringkat pertama pengajian ilmu secara serius di matrikulasi UIAM Petaling Jaya dalam kejuruteraan, sehinggalah September 2003.
Meneruskan semula pengajian dalam Sains Sosial pada April 2004, saya menamatkan pra- pengajian ini dan menyertai alam pengajian yang lebih serius di Kampus Utama UIAM Gombak.
Menamatkan semester akhir, saya berjuang mencari maksud hidup yang lebih bererti, dari sekadar belajar untuk segulung ijazah dan bekerja seperti manusia-manusia lain.
Saya mencari legasi sendiri.
Sehingga tahun 2010, saya pernah :
- Mengetuai Program Portfolio Day dibawah Jabatan Psikologi UIAM.
- terlibat dalam tiga program Bakti Siswa, pertama kali di Darul Quran, kali kedua dan ketiga di Kampus Utama Gombak
- menjadi fasilitator untuk kaunseling kelompok sehingga dua tahun berturut-turut, selain terlibat sebagai pembantu jurulatih untuk sesi latihan baik bersama konsultan sekitar Lembah Klang, mahupun di bawah Kumpulan Sokongan Jabatan Kaunseling UIAM bernama Kumpulan Pembangunan Kendiri (Personal Growth Group)
- Menghasilkan lebih dari 5 animasi montaj Flash (iya, masih sedikit) untuk acara-acara di peringkat kuliyyah, khasnya Makan Malam Tahunan, Mesyuarat Agung Tahunan, juga naib johan pertandingan animasi.
- Menghasilkan lebih dari 10 design poster, bunting, dan banner untuk program-program sekitar kampus
- Menghasilkan dua buah karya yang tersiar dalam Dewan Kosmik
- terlibat dalam penghasilan design minisite dan website
- Menghasilkan 13 susunan muzik menggunakan perisian Fruity Loop dengan tanpa sebarang asas muzik secara formal
Regards,
Fahmi