11 March 2011

Bila Alam Kembali Berbicara :Tsunami

antara gelombang kemarahan dan manipulasi cuaca?

Ada segelintir manusia yang mengatakan tsunami adalah kemarahan bumi terhadap manusia itu sendiri. Atas pergolakan dan kekacauan yang ditimbulkan manusia.

Tak kurang juga manusia yang berlepas tangan dan menyerahkan segalanya kepada takdir.




Tetapi sekarang setelah didedahkan dengan pendapat dan fakta tentang teori konspirasi, saya lebih suka berpendapat bahawa apapun yang terjadi dalam cuaca bumi kini, semuanya banyak bergantung kepada teknologi HAARP.

*Hujan pun dah tak rasa sejuk mana. Pokok kena hujan sehari suntuk, esoknya daun banyak yang luruh. Nampak sangat hujannya kosong.

Macam2 boleh terjadi apabila gelombang EMP dari HAARP yang sangat besar, reasonans dengan EMF bumi sendiri, akan menimbulkan kekacauan.

Allahu A'lam. Semoga kita diselamatkan dari bencana seperti ini. InsyaAllah masa kita belum tiba.

Tsunami tu padia?
  • gelombang ombak yang sangat kuat dari biasa. 
  • boleh dihasilkan melalui sebarang aktiviti dasar laut melibatkan pergerakan kerak bumi. 
  • Pergerakan menegak (ke bawah atau atas) kerak bumi yang mendadak menyebabkan air tersesar dengan banyak secara mengejut, dan menghasilkan momentum yang hebat.

Contoh janaan dari alam adalah gempa bumi dan tanah runtuh. Contoh janaan manusia sendiri adalah letupan nuklear di dasar laut.

Dibantu dengan janaan tenaga dari gempa bumi, ombak di dasar laut sebenarnya lebih kuat dari ombak yang berada di permukaan air. Lamda atau panjang gelombang ombak dasar laut ini, lebih dekat dan lebih kuat, berbanding yang dipermukaan air.

Dengan ini, gelombang di atas memiliki kekuatan berterusan, dengan kelajuan yang sangat tinggi, dan mampu membadai setinggi 50 ke 100 m sebelum menghempas ke sebarang objek menghalang laluannya.

Bayangkan kalau kita menaiki motorsikal dalam keadaan hujan lebat, sekitar kelajuan 60-70km perjam. Tanpa baju lengan panjang. Tanpa Visored Helmet. Sakit bila butir hujan kena badan, kan? Impaknya masih ada.

Sekarang, bayangkan pula kalau yang bergerak 60-70km perjam itu adalah ombak. Dan kita statik. tak ke boleh patah tulang~?

Apa akan jadi bila Tsunami menyerang?

Tsunami menyerang dari arah laut. Jadi, kawasan yang paling merbahaya ketika serangan tsunami adalah kawasan yang paling hampir dengan air, khasnya pantai2. kawasan yang paling kurang merbahaya adalah kawasan yang berhampiran kaki gunung.

Seperti mana serangan bom atom, tsunami janaan seperti ini mampu wipe-out sejumlah tertentu dari populasi manusia. Populasi manusia yang berkurang membolehkan sumber2 alam yang masih berbaki diagihkan semula.

Ia juga boleh dijadikan isu politik antarabangsa.

Saya tidak skeptikal andainya selepas kejadian tsunami ini lebih banyak kerajaan dari negara terlibat yang akan digulingkan. Lebih lebih lagi kerajaan2 yang gagal mengurus sumber manusia dan sumber aslinya ditunding jari, contohnya apabila fundraising tidak sampai sepenuhnya pada mangsa.


Tanda2 terjadinya tsunami

  • Lebih kurang seperti tanda banjir, atau tengkujuh.
  • Ada yang berpendapat, saat bulan sabit besar kelihatan (bulan nampak lebih dekat dengan muka bumi), tengkujuh yang dahsyat akan berlaku. 
  • Begitu juga kemunculan objek aneh di atas permukaan air, dan juga kelakuan aneh binatang2 yang muncul mendadak di permukaan air, juga binatang di hutan kawasan berhampiran pantai. 
  • Tidak kurang juga tindakbalas bumi sendiri.Tak lama sebelum Kuala Muda kita diserang tsunami dari perairan Andaman, heboh cerita tentang munculnya emas di pesisiran pantai.
  • Ikan lumba-lumba juga sering menjadi petunjuk kepada kekuatan tsunami yang bakal melanda. Di Jepun tak lama sebelum ini, katanya ada akademi melatih ikan lumba-lumba yang dipasang sensor bagi tujuan ini.
Macam tulah lebih kurang ceritanya. Nak tengok macamana meskipun Jepun predict gempa bumi ni lima tahun lebih awal, kerosakan yang mereka alami bukan calang2?



p/s: bila tsunami sampai ke Taiwan, besar kemungkinan kabel internet dasar laut akan rosak macam April tahun lepas (2010). Diharap anda boleh berikan saya sedikit grace period kalau blog ni lambat update~ #eceh

4 comments:

::Budak Degil:: said...

moga kite dilindungi allah...amin..

mr.syazwan said...

ALLAHU AKBAR~ MY PRAYERS GOES OUT TO ALL PEOPLE IN JAPAN, STAY SAFE PEOPLE.. MAY GOD GIVE US ALL STRENGTH.. AMIN~

mr.syazwan said...

jap! kat u tube tu filem ke erk?

seiyes best dan menginsafi..

Fahmi Mahat said...

amin3x..

hmm... tu youtube citer lama~ =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails