15 March 2011

Invasion Battle Los Angeles di OneUtama

Jalan yang benar2 menguji kesabaran dan kecuakan. Huhu.


jam menunjukkan pukul 7.15.

"Oh da kena gerak da ni. nanti lambat sket lagi takut loading plak kat arae Kepong ke atas lagi."

Elok2 je masuk jalan Ampang, nak menghala ke Shell, tu dia...!!!!

gambar dari Dunia Kami dengan sedikit touch up time senja~ =)
Sebelah kanan jalan punyalah pack. pfft. dah sikit lagi macam tin sardin berbaris2 kat rak Giant.



"phui, bai, ni kalau buat  berani2 redah pun mau sejam pun lum tau sampai mana. Adoi nak tembus celah mana nih?"

Dengan selambanya masuk ke Wangsa maju, terus, masuk menghala ke Setapak, mara setapak lebih jauh, masuk ke sub bawah Bulatan Pahang (tak masuk Duke  sebab tak konfiden tembus ke mana?) dan pusing sikit punya jauh hanya nak cari jalan ke Kepong.

Alhamdulilah, sampai juga ke One Utama setelah mencelah2 di jalan2 baru, juga 3, 4 kali U-turn.

Sampai2, Ady, Zulfikar, Amani dan Farhan telah menunggu dengan sabarnya terima kasih la wehh~ Disebabkan FM korang lambat setengah jam + 10 minit masuk ke Cinema. T_T

Masuk2 je, tengok2, waduh, cerita ni, non stop tembakan kecuali 7 minit pertama dan 3 minit terakhir (yeye je ko kira Fahmi).



Komen citer:

Konsep cerita 3.5/5:
Da biasa sangat cerita alien ganas2 yang macam ni. Dari Alien, Predator. Penat dah. Cuba tambahkan lagi alien comel2 yang takde superpower tapi nak belajar hidup kat Bumi. Ingat semua alien berebut sangat ke planet bumi kita ni? Planet diorang lagi canggih laa~ T_T Dari mana produser ni tau Bumi aje yang ada H2O dlm  bentuk cecair paling dekat dengan permukaannya, dorang dah survey semua galaksi ke apa? XD

Tapi dari aspek lain, cerita ni menonjolkan sisi gelap robot makhluk asing. Yelah ,sebab sebelum ni, kan Transformers aje. Ceria2 plak tu, baik2 juga =)


Visual efek 4.5/5 :  yang FM kira sangat realistik, dan sangat hebat. Tak pernah terfikir Robot boleh bercantum macamtu. Contoh lain adalah effect stopping-in-the-air mechanism  yang mengakibatkan Un Sub tadi decelerrated sebelum menyentuh air. Cuma mungkin lebih baik kalau Robot2 ini boleh dinampakkan lebih detailed (tidak dikaburkan). Mungkin kalau detail berkilat mcm Transformers tu lagi mahal agaknya kos penerbitan XD

Bila fikir balik, pandai cara produser mengaitkan air sebagai tempat landing dan juga sebagai tempat sumber tenaga mereka. Yelah, bila landing dalam air dengan kelajuan 5 ke 10X kelajuan Graviti, dan masuk air mcm tu aje, boleh pecah eksoskeleton mereka tu semua. Selain itu, kalau mereka landing terus ke daratan Bumi, pecahlah permukaan planet yang mereka nak takluk.


Plot cerita ; Tak dapat nak komen banyak sebab masuk lambat. Tapi memang kuat. Dari awal banyak bermain dengan kesan tembakan. Emosi lebih tertumpu dari aspek watak utama cerita sebagai watak yang membawa parut pertempuran terdahulu di mana dia disalahkan apabila semua Team Platunnya mati kecuali dia (Aaron Eckhart sebagai Staff Sargeant ___ padia tah nama cheq lupa).

Trivia: 
 Aaron Eckhart rise sebagai hero dalam cerita ini. Sangat berbeza ketika dia jadi 2nd antagonis Harvey Dent (Two-Faced) dalam Batman the Dark Knight. Tahniah laa..~

Watak2 pembantu juga kuat. Watak pelakon perempuan juga mengesankan.

total : 4/5

Merong Mahawangsa macam mana pulak yea . Ada sesapa dapat tiket free Nuffnang plak?=0




Terima kasih kepada Ady Budika (encik Sponsor Tiket), Zulfikar (rakan baru blogger), dan Ina (gadis UiTm), dan juga kawannya (Farhan kan? sori tak dapat tangkap nama, cam laju sangat awak sebut, ke telinga saya yang tak cukup hebat? huu ). Meskipun sebentar cuma, namun mukamu tetap melekat dalam taman mindaku. #eceh
p/s: Next time maybe kita leh makan2 sama . sori tadi rushing =)

7 comments:

redzuan said...

ingatkan ang review pasal filem ni, tp bila ko bgtau berbaris mcm sardin. cmfirm filem ni best. kita tgk ni

Lokasi Kota Atlantis telah ditemui setelah Tsunami di Jepun

~CiK TiNieY~ said...

fahmi lambat!fahmi lambat!haha

dah tau dh fahmi slalu lambat....hihihi...kuat sgt keje...kurang2kan lah keje sikit...hehe

err ceria la plak blog ni ye...comey2...;)

fami mahat said...

redz, erk, yg berbaris mcm sadin tu keta kat jalan MRR2 tu semalam la bro. =_= tapi mmg confem bes pun, klu ko suka tgk action pack, ni bkn tkat action pack, ni dah action-supremo-packed.

expandable pun leh pandang sebelah mata jek =_=

tiniey, kerja2, hidup perlu kerja. xde kerja kena cari kerja. XD

Zulfikar Hazri said...

oh jem rupenya...kitaorg ingatkan ko sesat kat Old wing one utama.. hahaha

fami mahat said...

x laa Zul, aku lambt sebab jem. kesian korang tunggu lama. sorry arrr~ =)

mr.syazwan said...

tiap2 hari lalu sini

mmg jem kot..

nak kata eksiden x gak

pelik bin ajaib

farhaniza azman said...

for me, merong mahawangsa is the best malay film ever... pg la tgk

by the way..folo u...

jom folo balik

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails