3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

30 March 2011

Membiawakkan Poco-Poco


Apakah perkara prinsip?

Prinsip adalah asas kepada suatu perkara. Yang membina kepada suatu perkara. Bila kita menolak dan menerima sesuatu kerana pada prinsipnya, perkara itu memang betul atau salah, itu keperluan.


Lagi- lagi dalam tempoh masa dan keadaan kita yang mampu untuk akses pada semua jenis ilmu pengetahuan yang ada.

Tapi bila suatu perkara disempitkan dan ditolak atau diterima bukan atas dasar prinsip, tapi sebab2 lain, berbaloikah ia ditolak/diterima?

Contoh dalam pengubatan dan rawatan.

Seorang yang begitu berpegang pada sunnah "makan-madu-ubat-untuk-semua-penyakit" Apabila diserang penyakit apendiks, still mahu makan, walaupun tahu ada alternatif dalam perubatan yang memerlukan bahagian itu dibuang untuk kesembuhan, tetapi masih mahu makan madu, apa yang akan terjadi?

Appendiks itu boleh mengembang dan membawa maut!

Andai orang itu tahu prinsip makan madu dan berbekam, sudah tentu dia akan stop makan madu dan ambil pengubatan prinsip bekam.

Bukan suruh bekam di tempat apendiks. Tidak! Tapi kita ambil lah prinsipnya.

Prinsip apa? Prinsipnya, untuk pengubatan dan rawatan, perlu juga kepada teknik yang memerlukan sedikit pemotongan dengan maksud membuka , dan pendarahan. Bekam pun potong kulit sedikit untuk buka liang dan keluar darah juga, bukan?

Makan madu, apa prinsipnya? Prinsipnya, makan makanan yang natural boleh jadi ubat, tak mesti makan makanan yang mahal mahal atau standard saja. Madu itu kan sifatnya ekslusif?

Tapi kalau makan makanan natural berlebihan pun boleh jadi bahaya. Lagi-lagi dalam kondisi yang tersebutkan di atas.

Mari berbalik pada isu asal. Bila disebut orang yang berilmu itu adalah orang yang dikurniakan hikmah, bukankah hikmah itu juga membawa maksud mengetahui prinsip sebenar? Dan hikmah itu dicari, bukan diwarisi.

Mengapa pula jadinya lebih tinggi ilmu (pada mata kita) seseorang itu, lebih jumud pula kelihatannya beliau pada kita? makin tinggi belajar, makin "itu-tak-boleh-ini-aje-boleh"?

Maksud ilmu tak belum sampai?

Maka apakah pula ceritanya jadi lepas ni, apabila orang yang belajar hakikat @ prinsip sesuatu perkara , setinggi2nya, dan kemudian menolak + menerima suatu perkara, bukan pada sebab prinsipnya? (Maybe sebab pemaksaan budaya ke, pengaruh kuasa ke, ape ke, kan)

Maka apakah pula jadinya pada mereka yang mengikut aje dan tak mahu ambil tahu kenapa, atau mengapa?

Yang tahu tak mendalami. Yang mahu, cuma mahu ikut suka hati. Yang mampu?

Maka berbondong2lah kita semua ke lubang biawak.. adess.

Kesian.

Sekian. Omelan petang hari.

p/s: ada kaitan dgn isu yoga, poco-poco, dan pengharaman2 sebelum ni. Janganlah kita sekadar mengikut2

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails