a) "sorry la, aku tak dapat nak tolong, aku penat"
b) "sorry la aku tak dapat nak tolong, aku tak banyak duit"
c) "sorry la aku tak dapat nak tolong, aku banyak kerja"
Untuk hari ni, jawapan saya takde dalam pilihan di atas. Maka apakah yang berlaku?
a) saya penat.
b) duit pun telah digunakan, dan belum betul2 balik modal, like totally
c) kerja pun perlu lah disiapkan pada baki masa yang lain.
Tapi?
saya belajar sesuatu tentang hari ini.
a) bila format windows 7 ultimate, tak semestinya driver akan complete.
b) bila format windows 7 ultimate, tak semestinya tak akan ada masalah not-genuine
c) bila betul2 tolong orang, Allah lorongkan pertolongan dari makhlukNya yang lain untuk kita : hujan dilewatkan, motor dipinjamkan dari orang yang tak disangka2, dan rezeki dipanjangkan
d) Keberkatan rezeki dan masa, biarpun sedikit, namun itulah yang paling bermakna. Kata Abah, "biarlah duit tak banyak, tapi berkat. Boleh bersedekah dan membantu yang lebih memerlukan. Belum tentu bila kita jadi berada kita mampu buat semua tu."
e) bila repair komputer, dan masalah jadi semula, re-claim warranty kedai repair at all costs. Tak perlu pushy, tapi perlu fahamkan orang kedai juga, bahawa warranty mereka itu WAJIB ada kerana kita repair dengan mereka ( bila ada bukti resit).
Paling penting, untung berniaga itu tidak datang dari transaksi yang hebat dan besar2, tapi dari Allah. Yang penting, sebagai bisnesperson, kita WAJIB mencari transaksi yang benar, berkat dan win-win.
2 comments:
BERKAT! thats the keyword.
yup! sgt betul~ =))
Post a Comment