3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

01 March 2011

Suatu Hari Kelahiran : Coklat dan Kita

Suzana, (peh nama budak sekarang ke ni? klasiknya), seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Pulai darjah 5 telah menyertai pertandingan menulis sempena Minggu Makanan Seimbang peringkat sekolahnya.

Suzana diminta untuk menulis suatu karangan berbentuk kesimpulan tidak lebih dari 60 patah perkataan mengenai coklat.



Malangnya hari itu Suzana agak blur , kerana malam sebelumnya beliau tidak cukup tidur kerana sibuk BlogWalking dari SB yang baru disertainya minggu lepas (jangan main-main, budak sekarang biarpun nama klasik, namun on9 dari Netbook sebelum tidur tu perkara biasa je).

Suzana pun mula menulis....

"Coklat...? Hmm.... coklat sangat sedap... coklat..... coklat....." dan seterusnya sehinggalah ke 20 perkataan seterusnya bertulis coklat. Dek kerana blur, suzana tidak sedar dia menggunakan hampir 20 minit dari jumlah setengah jam hanya menulis 20 patah perkataan.

Anyway, itu cuma intro saja, Takde kaitan sangat dengan apa yang saya ingin kongsi sekarang dengan kamu2 semua.

Macam2 jenis coklat ada.... nak?ngangaaa...aaaa~

Sebenarnya, coklat yang baik banyak faedahnya pada badan. Coklat pada asasnya dicipta untuk memperbaiki kesihatan manusia mental melalui cara selain dari ubatan mahupun pembedahan.

Bahan yang ada dalam coklat, contohnya tryptophan dari jenis karbohidrat dalam coklat, membolehkan serotonin dihasilkan lebih banyak dan lebih lama dalam sinaps neuron, membolehkan Sang Pemakan Coklat (bwahaha ape ni) rasa lebih tenang.

Sinaps Neuron dalam saraf-saraft kita

Bahan Phenyl Ethyl Amine (fenil-etil -amin) dari coklat adalah kandungan organik yang sama seperti bahan yang dihasilkan oleh otak BurungMan ketika flirt2 dengan Wirda otak manusia ketika mengurat pasangan mereka. Bahan ini menyebabkan pemakan coklat rasa hepi dan cool gile.

Nak tahu bagaimana jenis coklat yang baik? Mudah saja. Kita boleh lihat dari net content di belakang nya.

Coklat yang baik mempunyai kadar peratusan koko 70% dari berat jumlah kandungan coklat. Dan bakinya adalah magnesium, dan kandungan tertentu yang sangat berkaitan dengan manusia itu sendiri. Jangan tak tahu, kalau kita depress, coklat yang betul mampu mengurangkannya.

Contohnya lain:

1) untuk mengatasi masalah marah tak menentu (angin badan ke ape lebih kurang la kan), ambillah coklat seperti di atas bersama campuran mengandungi badam (almond).
2) Untuk mengatasi masalah sugul, ambillah coklat seperti di atas, dengan campuran pudina dan krim susu.
3) untuk mengatasi masalah gelabah beruk @ menggelabik, kita boleh ambil coklat bersama campuran beri. lagi banyak campuran beri, lagi bagus.

Hmm. Coklat yang baik membantu kita menjadi orang yang lebih baik. Tapi berpada2lah yea... jangan sampai diebetic sudah lah~ =_= So, ada siapa2 nak belanja saya Chocolate Indulgence Secret Recipe lagi sempena bday yang dah terlepas? XD

ps/:
Ada lagi yang lain tapi dah lupa. Siapa yang ada beli Utusan Ahad lepas time bday Kyerol 27/2, boleh tengok sisipan Pancaindera tu, ada cerpen ditulis oleh Mawar Sofea, di situ ada tulisan berkaitan coklat. Saya ambil dari situ saja, tapi ambil dari apa yang diingat, bukan apa yang dicatat.

2 comments:

Burungman said...

haha.. ni ke entri tu? waduh2.. entri pasal coklat rupanya.. haha

Fahmi Mahat said...

hahaha.... encik burungMan terkena yabeda beduuuuuu hahaha XD

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails