02 March 2011

Format Laptop : Perlu Ke?

"Bang, kalau format laptop ni lama tak?"

"harga format laptop murah lagi tak boleh bang?"

"Bila format laptop, software dalam tu pirate ke ori bang?"



Antara soalan-soalan yang biasa ditanyakan tentang format laptop .

Tapi soalan yang kita semua terlepas tanya , sebelum tanya semua2 tu, adalah :

"Bang, perlu ke format laptop ni sebenarnya??"

Kan bes kalau ada orang tanya cam ni sesekali sebelum depa duk pikir nak format paling murah kat mana + cepat mana + ori mana softwarenya =)

Okay, untuk jawab soalan yang last sekali tu , memang saya minat nak jawab.

Untuk pengetahuan semua, kita tak perlu format laptop kalau :

1) Gangguan cuma pada booting error. Mungkin pernah ada antara kita yang dapat error "boot.mgr is missing, CTRL ALT Del to restart". Tak pun, lappy @ Pc tu looping dari masa kita start sampai "Windows loading". Ataupun tak boleh masuk langsung Windows.
Untuk ini, kita cuma perlu cari installer @ CD windows asal, dan cuba System Restore. Yang Vista, Vistalah. Seven, Sevenlah. (Kalau Seven, boleh fix Vista selalunya, lagi2 Seven Ultimate). Kalau XP, XP lah.

2) Setakat gangguan virus sampai hilang task manager atau folder options. Ini boleh diatasi dengan update antivirus baik scara automatik atau manual, full scan. Tapi kita perlulah pastikan antivirus itu kuat, original (ada key betul, atau trial, bukan crack) dan antivirus nya up-to-date.

Then full scan. dan pilih repair > auto > disinfect > delete if cannot be disinfected

3) rasa lappy terlalu slow. Biasanya slow ini disebabkan saiz hard disc yang terlalu padat sebab file bersepah dan tak diindeks. Satu lagi boleh jadi juga sebab RAM. Satu lagi juga, disebabkan specification lappy yang tak sesuai untuk software yang kita nak gunakan tu. (kalau nak render Video, ram `1gb belum tentu larat,)

Untuk ini, kita boleh attempt scan disk, juga disk deframenter. Susunan file yang kemas akan membantu speed-up boost lappy =) Juga boleh tukar RAM ke RAM baru yang lebih besar.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails