3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

25 March 2011

Lelaki & Wanita : II

Perempuan mahu difahami bila disayangi dan lelaki mahu memahami untuk mula menyayangi.

Kalau betul, then why on earth, perempuan suka nak expect lelaki faham apa yang dia fikir, kalau dia tak  bagitau?

Kenapa lelaki pulak lambat nak faham kalau perempuan  buat signal2 tertentu?


Ya, jawapannya adalah:

Perempuan
Mereka adalah makhluk yang kaya dengan nonverbal signal. contohnya body gesture, memek muka. Meskipun mereka mampu, mereka jarangmembuat ayat2 yang terlalu panjang untuk memberitahu apa yang mereka rasa.. lagi2 dengan orang yang mereka selesa. Mereka juga adalah makhluk yang intuitif, atau berfirasat (memahami dan merasai sesuatu tanpa memerlukan daya fikiran.)

Sebab itu perempuan mampu merasakan 'tak sedap hati' lebih cepat dari lelaki.
Sebab ini juga perempuan lebih banyak dengan ekspresi muka dalam gambar berbanding lelaki.

Tak percaya? Cuba tengok gambar di blog Bro Framestone. Juga gambar di Blog Nisa. Perhatikan memek muka Batman. Dan muka Nisa. Kenapa dalam gambar yang berlainan, memek muka Batman sama, tapi memek muka Nisa lain?

Lelaki
Lelaki adalah makhluk yang menggunakan fikiran sebagai drive utama untuk memahami kenapa sesuatu berlaku. Maka dikatakan lelaki ada 9 akal dan 1 emosi. Mereka suka bila mereka nampak kaitan antara satu perkara dengan perkara yang lain. Perkataan, bagi mereka, adalah komunikasi mengenai idea, dan jarang sekali mengenai perasaan.

Sebab itu lelaki mudah berkawan dengan orang yang make sense. Juga mudah memahami bila sesuatu perkara itu logik, sekurang2 nya rasional.

Lelaki agak lambat (maybe sukar) mengenal pasti emosi dari memek muka saja.

Perbezaan ini timbul disebabkan faktor superiority otak masing2. wanita dikurniakan otak yang kaya dengan sambungan emosi, manakala lelaki pula otak mereka kaya dengan sambungan ke bahagian2 yang make sense dengan surrounding mereka.

Dikatakan ini berlanjutan dari zaman dahulu lagi. (macamana tu?)

Otak yang kaya dengan emosi membolehkan wanita melakukan tugas child-rearing dengan efficient. Otak yang kaya dengan bahagian yang making  sense dengan surrounding membolehkan lelaki mencapai objektif tugas bread-winning sehari2an dengan baik.

masalah timbul dalam komunikasi , bila :
1) perempuan selalu bagitau lelaki tak memahami. Sedangkan perempuan tak betul2 menggunakan ayat, dan lebih bergantung kepada ekspresi luahan dari memek muka, kata2 pendek, dan body gesture. Lelaki pula sangat bergantung kepada kata-kata tersurat bagi memahami situasi perempuan. Sedangkan pada masa itu lelaki sangat mahu memahami.

2) lelaki beritahu perempuan itu tak logik , ini tak betul. Sedangkan lelaki sangat mementingkan bagaimana satu perkara berkait rapat dengan perkara yang lain. Perasan atau tidak, lelaki lebih suka diam dari bercakap jump satu topic ke topic yang lain.

Bagaimana mengatasi masalah komunikasi dari perbezaan yang ini?

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails