3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

23 March 2011

Lelaki & Wanita : I

Lelaki mahu rasa diperlukan.
Dan wanita mahu merasai mereka tidak berseorangan.

Seringkali saya dengar Wanita merungut kenapa Lelaki perlu ditunggu disuruh baru mahu buat kerja.
Dulunya dalam kerja berpersatuan biasanya. Dan sekarang dalam work setting + house keeping.

Wanita lebih banyak merungut
a) kenapa Lelaki lambat buat kerja. 
b) kenapa Lelaki tak tahu apa yang nak dibuat
c) kenapa Lelaki tak tolong ini itu sebelum mereka tanya

Truth is, lelaki akan tolong tanpa rasa berat hati bila mereka rasa mereka diperlukan dalam hal tersebut.

Wanita by default, suka menolong and buatkan semua perkara untuk sesuatu yang mereka ambil tahu. Sebaga cara mereka ambil berat tentang sesuatu. Oleh itu mereka beranggapan Lelaki juga begitu.

Lelaki by default suka buat hal sendiri, dan suka berdikari, ie, tak libatkan orang lain sangat dalam hal2 yang mereka rasa boleh buat sendiri. Oleh itu, mereka juga beranggapan begitu terhadap Wanita, by default.

Tapi once Wanita mampu mewujudkan rasa "Lelaki, kami perlukan bantuan anda", Lelaki akan datang dan menolong anda. Tapi ada caranya. Macamana?

Cara meminta pertolongan jenis "sure-do " dari Wanita buat Lelaki

1) Gunakan ayat  "pertolongan". Bukan "suruhan".

contoh: "bro, tolong saya sikit... tak retilah" instead of  "Bro, ni buat macamana, sinilah, saya tak pandai"
2) Gunakan "nak",  bukan  "boleh".
"Nak tolong saya, takde orang dah ni" instead of "boleh tolong saya, takde orang dah ni" . Perkataan
"nak" atau "mahu" lebih berkaitan 'kemahu-tolongan' berbanding 'keboleh-tolongan'. Kebanyakan lelaki 'boleh', cuma  antara 'mahu' dengan 'tidak' aje.
3) Masukkan logik & reasoning + sebab untuk pertolongan itu diperlukan. Lelaki perlukan logic untuk dipacu.
"Boleh tolong tutupkan lampu? silaulah, saya sakit kepala"
4) Setelah pertolongan dilaksana, tunjukkan terima kasih + penghargaan sewajarnya.
"Terima kasih sangat2. tak tahu apa akan jadi kalau awak tak tolong saya tadi"
5) fokus pada apa yang Lelaki tolong, bukan pada apa yang Lelaki belum@tidak tolong lagi.
Tadi awak tolong tapi tak berapa nak jadi. kan? Tak apalah, lagipun awak kan da banyak tolong saya sebelum2 ni. Yang penting awak da berusaha sehabis baik."

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails