3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

26 March 2011

Laksanya Semerah Cili





hei belacan kemarilah dikau
dijadi laksa mengisikan perut kosongku
agar aku bisa berdiri
kenyang dan tegak, terpacak tak layu


hei sepuluh helai daun kesum
ku gaul bersama titis serai
jadilah kau
kuah merah pekat mengisi
laksa ku agar bisa ku melangkah
gagah dan tampan
kenyangkan perut nya yang berkokok


di mana ada pasar malam
di situ ada laksaku
alang-alang menyeluk pekasam
boleh buat si kuah asam
ohohoho

aku seru oh laksa pusakaku
laksanya semerah cili
laksanya semerah cili
laksanyaa....

aku seru oh laksa pusakaku
laksanya semerah cili (semerah)
laksanya semerah cili (semerah)
laksanyaa....

Spoof Cover Mentera Semereah Padi
by FahmiMahat


 Resipi Laksa Johor

Bahan-bahan:

  1. 500 gram spaghetti lidi, rebus ikut arahan pada pembungkus
  2. 1 biji timun, hiris memanjang seperti lidi
  3. Daun kesum, dihiris halus
  4. Taugeh, dicelur
  5. 5 urat kacang panjang, hiri nipis
  6. 2 biji telur, direbus
  7. 3 tangkai lada merah dan sedikit belacan, dibuat sambal
  8. Limau kasturi
Kuah:
  1. Sedikit minyak masak untuk menumis
  2. 5 biji bawang merah, dihiris
  3. 2 ulas bawang putih, dihiris
  4. 1 inchi halia, dihiris
  5. 1 bungkus rempah kari ikan
  6. 1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
  7. 1 ½ mangkuk santan cair
  8. 3 batang serai, dititik
  9. 1 inchi lengkuas, dititik
  10. 1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang ¾ masak dan dikisar
  11. 5 keping asam keping
  12. 200 gram udang, direbus
  13. 1 sudu makan udang kering
  14. ½ biji kelapa parut, dibuat kerisik
  15. Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Panaskan minyak buat tumis dalam periuk nanti. Then, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampailah baunya naik . Then, masukkan rempah kari dan kacau sampai baur.  Masukkan pula pati santan, serai diikuti lengkuas. Biar sehingga kuah betul2 mendidih.

Masukkan isi ikan yang telah dikisar, kacau lagi sampai baur. Masukkan santan cair dan asam keping once mendidih campuran tadi. Kacau lagi, sampai agak2 mendidih baru masukkan udang, udang kering, kerisik dan garam. Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.

Dah siap, hidangkan spaghetti yang telah direbus bersama kuah dan bahan-bahan lain. 
Boleh makan 4 orang.  Nak makan sorang pun boleyyy~ XD

modified dari : http://www.resepi4u.com/2010/01/resepi-laksa-johor.html
 

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails