11 March 2011

Mencari diri VIII: Dramatari I-City

gambar dari Tiffany
berakit rakit ke hulu,
berenang-renang sampai ke tepi,
usai majlis geraklah dulu,
akhir jalan sampai ke I-city.




puing-puing daun pun gugur,
mudik bersama di epal merah
bukan dikata hendak menegur,
kita kan nak suka2, masalah tinggallah.

akhir mudik di Hulu Bendul,
terbuai perahu teroleng-oleng,
bukan tiap masa kita betul,
sama mengangguk, samalah menggeleng.

dongak ke langit mendung berarak,
kuat sangat angin bertiupan,
sampai i City dah pulak,
masuk bergambar belakang sampai kedepan.


perahu dipasung rapat ke dermaga,
tiba melangkah masuk ke hutan,
masalah memang masalah juga,
sukarialah dulu, masalah tinggal2kan.


langkah panglima larilah puaka,
langkah panglima mereka cempera,
himpun segala cerita suka,
himpun juga cerita lara.


perjuang aman dan harga diri,
menjunjung titah membela agama,
i City bukan sebarang city,
i City tempat meraut percaya.

satu persatu sosok melebur,
keris petala zamrud menujah,
meski jauh berbeza umur,
masalah pendapat samma-sama diterjah.

padang jarak padang tekukur,
musnah binasa puaka terbilang,
sungguh, hamba sungguh bersyukur,
ceria bersama kembali pulang.

bukan dikata mahu menunjuk,
panglima pulang bersama harta,
bukan dikata tak pandai memujuk,
duka hilang harapnya suka.

Buang selasih tinggalkan bidara,
nasi lemak tidak termakan,
sayang kasih sesama saudara,
budi baik akhirat menentukan.

Panglima pulang panglima pergi,
panglima datang melawan zulmat,
ada masa berjumpa lagi,
moga ke akhir kita bersahabat

=)

1 comment:

mr.syazwan said...

F
U
U
Y
O
O
O
O

berpantun ye

haha

nak saya beli ke??

haha xpe la..

beronok2 di i-city ye

best2

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails