3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

12 January 2012

Psikologi dan Pembelajaran Iqra'

Muqaddam Iqra' . Credit buat Read Quran Online

Jika anda pernah ada pengalaman mengajar, anda mungkin sukakan ini.
Jika anda pernah belajar psikologi kognitif dan psikologi perkembangan kanak-kanak, anda juga mungkin sukakan ini.
Jika anda pernah belajar mengaji Quran dan Muqaddam, anda juga mungkin akan sukakan ini.

(Apa dia tu, Fahmi?)


Pengajaran Muqaddam khasnya Iqra bakal menjadi
1)lebih mudah untuk anda, lebih mudah untuk kanak-kanak
2)lebih menyeronokkan anda dan kanak-kanak


...jika anda mampu memahami + mengaplikasi teori psikologi kognitif dan teori perkembangan psikologi kanak-kanak untuk kanak-kanak. =)

Muqaddam (dalam maksud asalnya, yang mendahului... iaitu pendahuluan kepada al Quran), 
Dalam pengajaran Muqaddam, terdapat 3 komponen penting yang membolehkan pengajaran berlaku secara efektif.
Masa Tumpuan
Kanak-kanak adalah mahkluk Allah yang memiliki masa dan kadar tumpuan yang berbeza dengan orang dewasa. Biasanya, kanak-kanak dalam lingkungan umur 5  ke 8 tahun memiliki masa tumpuan yang lebih pendek berbanding kanak-kanak berumur 9-12  tahun.

Adalah satu yang kurang bijak apabila kita menyamaratakan taraf kemampuan daya tumpuan KESEMUA pelajar tanpa mengira perbezaan umur. Fakta: Otak kanak-kanak berkembang dengan pesat, namun, ia berbeza mengikut tahap umur. 
Muqaddam Lama . Bukan Muqaddam Iqra' !
credit to MamiRasha.Blogspot.Com

Pengajaran Efektif mengambil kira perbezaan ini, dan memfokus pada kekuatan tumpuan kanak-kanak yang singkat, untuk mengajarkan perkara baru, dan membantu kanak-kanak melupakan kesilapan,  melalui teknik reinforcement : tingkatkan reaksi positif dengan rangsangan positif agar huruf yang betul terus disebut, dan rendahkan reaksi negatif dengan mengurangkan rangsangan positif agar  huruf yang salah tidak akan disebut.
*Contoh rangsangan positif : pujian
 

Pengulangan

Pengulangan yang baik memfokus pelajar pada huruf dan sifat yang betul, begitu juga dengan pengulangan kalimah yang betul. Pengulangan ini juga perlulah dilakukan dengan positif, diselang selikan dengan reverse-forward kalimah sebelum selepasnya, bagi meningkatkan kadar kebolehbacaan dan mengurangkan memory effect (kesan hafalan yang tidak diingini) dan juga practice effect (kesan bacaan berulang-ulang pada kesalahan yang tidak diingini).

Ini kerana, pengajaran Muqaddam perlu memfokuskan pada kebolehbacaan dan kekenal-hurufan kanak-kanak dan bukan semestinya penghafalan pattern oleh kanak-kanak, yang boleh disebabkan oleh memory effect.

Cara pengulangan yang baik, setakat yang saya cuba, adalah A-B-B-A, berbanding A-B-A-B. 

Satu cara untuk mengenalpasti success rate adalah dengan mengubah pattern pengajaran anda sendiri.


Motivasi dan Dinamik Perasaan
Meskipun belum cukup dewasa, kanak-kanak juga berperasaan, malah dalam banyak keadaan, lebih banyak perasaan dari orang dewasa. Menghadiri kelas mengaji ketika mereka boleh memilih untuk menonton televisyen atau berehat setelah balik dari sekolah petang-petang, atau setelah bermain  dengan kawan sebayak, adalah perjuangan.

The least they need during a Quran or Muqaddam is a mouthful yelling. =) Marah sebetulnya tidak membantu mengurangkan kebarangkalian kanak-kanak tidak mengulang salah tadi. Malah, mungkin ada peningkatan peratusan pengulangan yang salah.

Pujian pada huruf yang betul, dan perhatian kita pada perkara lain yang menyebabkan mereka salah baca, (taktahu diri sendiri rabun, belum makan malam lagi, terlalu penat di sekolah), adalah lebih membantu menstabilkan dinamik rasa mereka untuk terus datang belajar dengan gembira. =)

Apakah teknik yang boleh digunakan?
1) Scaffolding
Maksud asal Scaffold, adalah menyokong.
Dengan masa tumpuan yang lebih singkat, lebih sedikit huruf yang dapat diajar, jadi ia tidak perlu dibazirkan dengan fokus secara keterlaluan pada huruf, bunyi, baris atau kalimah yang gagal disebut berulang-ulang. Apa yang perlu adalah kegigihan pengajar untuk mengajar , dengan teknik sokongan. Fasilitate kanak-kanak untuk sebut dengan baik, adalah lebih penting dari menghasilkan reaksi emosi yang membuatkan kanak-kanak lebih ingat kesilapan dari yang betul. Tak dapat 100%? Tak mengapa. Tapi jangan abaikan peratus-peratus usaha kanak-kanak tadi.

2) Rangsangan dan Galakan
Usia kanak-kanak adalah usia mengenal dunia dengan cara yang menggembirakan. Datang mengaji sendiri adalah cabaran buat mereka. Lagi-lagi bila mak ayah yang sembahyang tah ke mana, sibuk mahu anak sendiri mengaji secepat-secepatnya. Jadi, sebagai pengajar, lebihkanlah pujian pada usaha yang betul, dan arahkan lah pembelajaran itu kepada rangsangan yang kanak-kanak tadi sukai.

Contohnnya, kanak-kanak sangat sukakan perhatian. Jadi, apabila mereka baca sifat huruf dengan sangat baik (lebih baik dari saya pada umur begitu, sekurang-kurangnya), kita boleh minta mereka ulangi kalimah tadi dengan kuat. Kanak-kanak tadi akan tahu kita sedang beri mereka peluang untuk diperhatikan kanak-kanak lain. Hakikatnya, seandainya kanak-kanak lain tidak dengar, tapi telinga mereka yang lebih dekat dengan mereka, lebih dengar =)

3) Teknik pengulangan yang baik
Pengulangan yang baik mengambil kira 7 minit pertama tempoh tumpuan manusia. Kanak-kanak mungkin memiliki separuh jangkamasa tadi. Kita boleh mengajarkan huruf dan pengulangan huruf baru dalam 3 minit pertama, dan masa selebihnya kita gunakan untuk teka-teki: ulang huruf baru tadi secara random.






Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails