3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

18 January 2012

Review Filem: Velayudham dan Filem Kita

Satu perkara yang menarik tentang industri perfileman adalah kaitan antara 'tema', 'keuntungan' dan 'aspirasi'.

Mungkin atas nama Kapitalisma, ekononomi berasaskan capital ataupun keuntungan, tema dan aspirasi segala perkara jadi WAJIB dikaitkan dengan untung.

Pendek kata, kalau bisnes , WAJIB untung, tak kisah untung one shot atau untung berterusan berkali-kali. Tak kisah untung sedikit, asalkan ada. Kalau banyak lagilah suka!

Berbalik pada industri perfileman. Jika anda ingin bersembang tentang impian filem yang anda ingin tengok, buat masa sekarang, anda mungkin akan ditempelak kerana tidak realistik.

Dari mata pengarah, mereka pasti akan nampak fund.  Fund , dan fund.
Dari mata penonton, mereka pasti akan nampak cinta, momok, cinta, momok, momok, momok.

Dari mata sponsor, mereka pasti akan nampak, iklan aku, iklan aku, iklan aku.

Tapi siapa yang akan fikir aspirasi? wawasan industri filem yang sebenar-benarnya?


Filem mungkin tak perlu patriotik seratus peratus. Tapi patriotik hanya sebahagian dari definisi semangat dan cintakan negara. Ada beberapa tema lagi semangat yang boleh dicungkil dan dijadikan tema plot cerita.

Filem mungkin tak perlu jiwang seratus peratus. Tapi jiwang hanyalah sebahagian dari definisi kasih sayang dan manifestasinya. Ada beberapa lagi tema semangat yang boleh dicungkil.

(Ada apa sebetulnya, Fahmi?)

Selepas menonton Velayudham, buat pertama kali, di Astro First, saya sedar satu perkara lagi tentang industri filem kita.

Kita masih dengan tema cinta, momok, gangster, mungkin atas desakan yang berbeza.

Pengarah , mungkin rasa ini jenis cerita yang paling pecah panggung mereka mampu buat, dan mudah dapat sponsor funding, sebab cerita tema ini tengah musim.

Penonton mungkin suka, sebab cerita jenis ini yang paling best bila nak download dari internet tengok ramai-ramai.

Lagi-lagi lepas FINAS pun dah bagitahu mereka tidak akan lagi membuat tapisan sepenuhnya untuk beberapa tema cerita.

Tapi hakikatnya, filem yang baik adalah filem yang merangsang semangat , membuah harapan dan menyedarkan minda.

India , dengan Velayudham, menambah lagi contoh adiwira atau superhero dalam koleksi wajib tonton mereka.

Tema cinta semata-mata dah sangat kurang dalam industri mereka.

Velayudham adalah contoh hero yang dilahirkan dari kebetulan. 

Teori watak imaginasi untuk menghapuskan kejahatan, sebetulnya sangat berkaitan dengan cara berfikir satu masyarakat itu sendiri.

Juga sangat berkaitan dengan situasi mereka. Ya, India masih memiliki kadar korupsi yang tinggi, berbanding Malaysia.

Jadi, kaum pengarah di sana, menggunakan media untuk mewujud kesedaran tentang korupsi yang menyebabkan ekonomi mereka tidak dapat dioptimakan sepenuhnya bertahun-tahun lama.

Dalam masa yang sama, mereka melahirkan satu watak yang bukan saja memberi kepercayaan, tapi juga membina harapan bahawa dunia memang bakal dan boleh jadi lebih baik.

Relevannya cerita superhero di zaman kejatuhan US dollar, dan kebobrokan kerajaan negara-negara, serta 'kebangkitan' kuasa rakyat, adalah, superhero memberikan manusia harapan bahawa dunia bakal jadi lebih baik bila kita percaya kuasa mengubah , memang ada pada diri kita sendiri.

Dan itu semua bakal bermula dari pilihan kita sendiri. =)

Soalnya, apa yang anda bakal pilih bila anda buka Astro? Memilih untuk tengok cerita cinta membuai-buai semata? Mencari maklumat? atau mencari semangat yang hilang? atau, mencari harapan? =)

tagline: kalau anda mengantuk, anda tidur. Kalau anda lapar, anda makan. kalau anda dahaga, anda minum. Tapi kenapa bila anda marah, anda suruh orang lain sampaikan marah anda? #VelayudhamLine Fikirkan.




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails