3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

21 January 2012

Perubahan Memerlukan Tiga Perkara

Menjadi insan yang lebih baik memerlukan suatu yang lebih kuat dari sekadar azam =)

(Apa maksud awak, Fahmi?)

Seperti pokok yang mengubah struktur mengarah pada air menerusi hidrotropisma, cahaya (fototropisma) dan ruang (geotropisma), kita bakal perlukan:
1) faktor yang menarik kita semakin dekat ke arah perubahan.
Faktor ini adalah faktor extrinsik. Faktor luaran dari luar diri kita , yang menarik kita. Contohnya, insentif, pujian, status quo, atau apa saja yang berbentuk luaran. Faktor ini pula haruslah faktor yang betul2 memberikan kita kelebihan.
Pokok mengarah pada ruang yang lebih besar agar ia dapat nutrient yang lebih banyak.

2) faktor yang menolak kita agar bergerak menuju perubahan
Faktor dalaman kita. Kesusahan kita, kehendak dan kemahuan kita sendiri untuk berubah. Mungkin keinginan kita untuk tidak lagi dipandang rendah. Keazaman kita untuk berikan sesuatuyang lebih baik buat orang yang kita lebih sayangi.

3) sumber emosi yang positif
Sumber sokongan ketika kita down dalam proses perubahan. Ini boleh jadi kawan baik, keluarga yang memahami, orang yang selalu ada untuk dengari kita. Atau paling paling  busuk, blog personal atau private yang kita ada untuk kita luah rasa.

Harapnya bermanfaat untuk semua yang sedang mengorak langkah memperbetul, memakbul azam dan menjadi sang pemimpi yang benar-benar berjaya menjadikan mimpinya realiti. =)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails