19 January 2012

Review Filem:Sumpahan Kum Kum MiG Online

Terkini, saya semalam berkesempatan mendekatkan hati dengan ruang masa yang ada, bersama Ohsemly AZ di Subang Parade. Journey to the East sungguh, jalan pakai redah, nasib baik GPS sweet berfungsi 85%  dari fungsi asal, XD

(Buat apa di Subang Parade, Fahmi?)

Oh, ya. Kita fokuskan pada tajuk entry ya, lupakan jap cerita perjalanan saya. =)

MiG Online dengan bangganya telah memilih anda untuk pra-tonton Sumpahan Kum Kum
, kurang lebih macam tulah ayat yang AZ terima dalam emailnya. Dan saya dijemput untuk temankan sama, untuk beberapa sebab personal dan business. =)

Pertama kalinya ada dalam event pra tonton di bawah produksi filem, saya berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang di belakang tabir, berbual dengan beberapa jemputan pra tonton yang baru dikenali, tak lupa juga dengan rakan-rakan blogger area Sentral yang lain =)

(Cerita tu best, ke, Fahmi?)

Nak tahu? jom baca!

Sumpahan Kum Kum (SKK) membuka sedikit minda saya untuk menerima cerita seram yang seimbang antara momokan, realiti, dan rasional yang terpimpin.

Berkisar sekitar urban legend masyarakat Melayu kawasan luar bandar dari era sebelum 70an lagi, filem ini berusaha keluar dari standard cerita momok yang dipenuhi dengan unsur terperanjat yang klise mahupun hubungan sesama manusia yang jengkel. Sebaliknya, SKK lari dari retorik mythstical fight biasa, antara kuasa baik dan kuasa jahat dengan mantera, ayat Quran, (yang biasanya dibantu dengan janaan CGI yang cantik), dan berfokus pada tema asas kepada semua jenis makhluk yang mengganggu: hantu.

Flash Based Content Kami di FlashFave.com telah dicalonkan dalam Social Media Business di Social Media Awards 2012. Tunjukkanlah sokongan anda kepada industri design tempatan di sini!

Dalam pengamatan sosiobudaya, mahkluk yang mengganggu, digambarkan dalam filem Melayu sejak dulu, sebagai jin dan syaitan. Namun perubahan bermesej yang dibawa oleh Ismail Bob Hasim , (pengarahan skrip yang sama untuk Ngangkung) mengingatkan kita kembali tentang siapa sebenarnya mahkluk lain yang juga mengganggu manusia.

Tidak lain tidak bukan, makhluk ini, adalah roh yang tidak dapat diterima oleh langit dan bumi, atas kesilapan mereka, dan juga mungkin kesilapan orang yang tidak menyempurnakan mereka ketika kepergiannya.

Roh yang pergi dalam keadaan tidak tenteram, tidak sempurna mandi dan solat jenazahnya, juga roh yang pergi kerana membunuh diri, dan dosa-dosa lain ketika tidak sempat bertaubat, roh ini terawang antara langit dan bumi.

Hikmah
Kefahaman pada konsep ini, membumikan kita, agar kita berpijak di bumi nyata. Betapa buat jahat ada balasannya, dan buat baik juga ada balasannya.
Dan mayat yang tidak disolat serta dimandikan seeloknya, sangat berkemungkinan akan menganggu manusia lain.

Dan betapa liciknya perjanjian syaitan itu, ia selalunya lebih mempengaruhi hati dan perasaan manusia untuk memutuskan pilihan. Dan kita tahu, perasaan manusia ini tak pernah puas, sangat suka melawan perkataan "JANGAN" (lagi dikata jangan, lagi ia curious dan nak buat). Sebab itu ada doa Nabi untuk tetapkan hati dan perasaan pada jalan yang benar. Kan? =)



(Apa yang buatkan cerita ni bagus, Fahmi?)

Selain dari hikmah di atas, bagi saya, SKK berjaya set mood yang baik untuk sebuah filem seram sepenuhnya. Meski datang dengan unsur terperanjat, ada unsur script line yang memberi ruang untuk teraju utama filem menunjukkan sisi manusia yang spontan, naif, kelakar, penyayang dan protective kepada orang yang disayanginya.

Ada mesej yang jelas cuba disampaikan.

Ada trauma yang cuba disembunyikan.

Dan paling penting, ada sejarah yang cuba dipadamkan.

Script Line Menarik
Sebagai salah satu filem yang menggandingkan ramai pelakon baru dengan tarikan pelakon yang telah lama mencipta nama di layar perak mahupun emas, SKK diperkuat dengan skrip teraju utama, lakonan Fezrol Khan.

Antara ayat yang sempat saya ingat adalah:
"hehehe.. ni perut ke peti sejuk?" Satu panggung gelak
"alahhh.. sangkutlah pulak... keluar ikut tingkap jelah!" Adegan ketika pintu utama kereta tidak dapat dibuka, sebaik tiba di hadapan rumah.
"Awak dah siap ke belum? Cepatlah.. kita kan nak pergi tengok Ziana Zain Live at Fun Fair" #sabajelahhh

Dalam babak akhir kerasukan, Adi tidak menyebut sangat mantera, tapi seperti sedang mengira dengan pantas. XD

Fakta
Tidak mahu menakutkan tanpa sebab, namun, buat pembaca Inilah Fahmi, peri pentingnya mengetahui sifat huruf serta hukum dan ilmu bacaan Quran, adalah, ia melibatkan MAKSUD dan NAMA.

(Contohnya, Fahmi?)

Dalam Surah al Fatihah, apabila ia dibaca dengan huruf yang bunyinya seakan sama , tetapi dari rumah makhraj huruf yang lain,  atau dibaca secara berhenti (wakaf) atau bersambung (wasal) pada yang bukan tempatnya, akan muncul beberapa nama yang tidak merujuk kepada sifat Allah asal yang ditulis di dalam ayatnya.

Dalam satu catatan yang tidak disandar kepada al Quran, tetapi kepada catatan dari bahasa dan kitab sebelumnya, nama-nama ini, merujuk kepada entiti jahat , ie, iblis, jin negatif, yang menghuru-harakan manusia.

Emosi yang Kuat
Emosi yang kuat dihasilkan dari skor muzik background pasukan filem yang baik. Tetapi paling penting, emosi ini menunjukkan calaran emosi pada Adi, yang tidak dapat menerima kepergian Shima (lakonan Wawa Zainal) dan menjadi trauma tiap kali orang yang disayanginya masuk ke dalam tandas berseorangan.

Emosi ini juga ditonjolkan pada motif yang menjadikan Kum Kum itu satu Sumpahan. Pertama, emosi jelek + sedih ketika watak diejek atas kecacatan rupa. Kedua, emosi tragis + cemas + malu ketika watak meminta Mak Som (lakonan Lydiawati pelakon yang pernah tersohor satu masa dulu. Pernah berlakon bersama Hero Malaya Rosyam Nor dalam Gila Gila Pengantin kalau tak salah) untuk mengembalikan wajahnya akibat melanggar pantang.

Suspens yang Menjadi
Umum memahami suspense yang baik adalah suspense yang berterusan, namun tidak meleret-leret. SKK melakukannya dengan baik.

SKK bakal jadi lebih menarik jika..
1) produksi line up menggunakan pelakon yang super hot tapi super-antagonis-by-default, untuk watak Mak Som. Pemilihan Lydiawati baik, tapi tidak mungkin cukup bagus. Beliau memegang reputasi nya yang dibina dalam satu dekad ini, sebagai antara pelakon wanita yang disegani transformasi Muslimahnya.
2) Meskipun 'kum' berbalik kepada 'kamu' dalam bahasa Arab, secara peribadi, saya berpendapat, trademark Kum Kum tidak sepenuhnya disandarkan pada Assalamualaikum. Idea yang lebih baik, mungkin boleh melibatkan adegan Tini dan kawan baik di sekolahnya seperti 'Fasha' atau 'marsha' bermain jingle-game Melayu kanak-kanak lama, (yang mungkin boleh jadi lebih seram, begantung pada creativity).

Permainan ini dimainkan secara berdua, bersahut-sahut, siapa yang gagal menyambung suku kata, dia kalah.

Assalamualaikum, kum apa kum bang. bang apa, bang chik , chik apa, cicak, cak apa, cakap... and so - on...

Babak sebelum mula cerita ini, boleh menyelitkan kanak-kanak yang bermain jingle ini. Dengan suara kanak tadi, disetkan 'echo' agar ia berlapis , agar ia menghasilkan sebutan untuk cerita ini. Jadi ia mungkin tidaklah begitu directly as in 'Assalamualaikum kum kum' tidak kira senafas, atau dua nafas. Mungkin atas sebab sama yang penting sperti isu dalam Hantu Bonceng. =)

Rating:
4.5 dar 5 Bintang Apa lagi, jom lah ke pawagam berdekatan 26 Januari ini ya! =)

Kredit buat cik Shila, cik Effa dan cik Shima, antara panel skrip filem MiG, atas kesudian bercerita latar belakang SKK =)

Kredit buat pelakon yang hadir dan bertungkus lumus memastikan objektif MiG untuk filem ini tercapai. Khas buat Fezrol Khan atas kesudian bergambar, juga =)

Kredit terbesar buat Ismail Bob Hasim kerana kesudian berkongsi pengalaman dalam 3 minit setengah perbualan bersama =)

Kredit buat br Faisal & kak Fazliana yang baru dikenali(korang memang sempoi! Pergi London jangan lupa bawa maggi malaysia okay heee),

Kredit juga buat rakan-rakan blogger bro Framestone dan Paklan (Nor Azlan Mazli), Amal (Espraza) dan Alia, Syafiq Rosli (lama tak jumpa beb!), Nisa Kay, Ayie Darkbatman dan Ann (Pen Merah), bulan depan kita jumpa lagi ada masa ya! =)

IniAcul , dan Khai Putera Remaja, best dapat jumpa korang, lepas gath hari tu, hopefully kita dapat tengok sama-sama lagi lepas ni ye =)















Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

6 comments:

Meor shariman said...

Terima kasih di atas rebiu yang berilmiah ini. Saudara berjaya masuk ke dalam kotak pemikiran saya sewaktu menulis skrip filem ini. Memang benar saya cuba lari dari klise filem2 seram terutama lari daripada penggunaan watak ustaz yg melawan hantu di penghujung cerita. Saudara Bob sebagai pengarah telah mampat kan lagi skrip itu dan hasilnya ialah apa yang ada di layar perak.

Fahmi Mahat said...

wah.. terima kasih saudara Meor Shariman~ =^^=

sesungguhnya perjuangan memerdeka fikiran manusia tidaklah mudah. tapi bila jumpa jalannya, tetaplah. =)

Unknown said...

Abg fahmi buat banner kat aiman leh??

Perniagaan Internet said...

Pergh... macam best je.. :)

Anonymous said...

fuhh review terbaik.
yups memang kelakar bila dialog adi.memang ramai tergelak malam tuh.ok la,xde la stress sangat citernya.de gak selitkan sikit humor nya disitu.overall,jalan citer nya memang ok.

Kakiwayang said...

uuu...panjangnya...jemput baca review dan komen di Kakiwayang.com ...hehe...=)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails