3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

14 January 2012

Bagusnya Misteri Jalan Lama

Assalamualaikum! =)

Bagi yang belum menonton Misteri Jalan Lama lagi, agaknya apa yang bakal buat anda tonton cerita ni di Astro First?

(Kenapa, Fahmi?)

Saya saja nak tahu. walaupun lambat sangat review ni naik... Tapi saya masih nak kongsi juga.

Sebabnya, despite of several less helpful comment dan review di Internet tentang cerita pertama dari Afdlin Shauki berkonsepkan misteri thriller sci fi, masih ada lagi ruang yang saya kira, buatkan cerita ini menarik.

( ye ke Fahmi? Ye ye je...)

Tak percaya?

1) Keluar dari Kotak
Konsep cerita seram yang dipopularkan oleh pengarah terkini, menggunakan solekan yang keterlaluan, teknik pencahayaan, dan 'aerial motion' bagi menghasilkan level seram yang dikehendaki.

Namun begitu, Misteri Jalan Lama keluardari kebiasaan ini, secara total. Ia membuatkan kita tidak takut, tapi rasa ingin tahu lagi dan lagi. Ia bersifat mendidik, bukan menakut-nakutkan (Khurafat, Santau, dsb) atau memeranjatkan kita (Congkak, Jangan pandang Belakang, Al Hijab). Tak kisahlah anda tanjatboboi atau tanjatgegurl. LOL  #motiff
 
2) Relevansi dengan Mitos Bunian
Empayar Nian juga disebut dalam kisah ini, sebagai satu kaum yang ada tamadun, sejarah, dan persenjataan tersendiri, begitu juga dengan musuh azali mereka. Ia  mitos bunian, yang pada asalnya digambarkan sejak dulu, menipu manusia dengan makanan dan pakaian yang sebenarnya 'hasil buangan hutan.'

Afdlin tidak menyentuh bunian sebagai makhluk yang deceitful semata, tapi membuatkan kita berfikir, betapa mulianya manusia sebagai sebaik-baik ciptaan, bunian juga adalah makhluk Allah yang punya cara hidup, agama, tamadun, sejarah juga musuh nya sendiri.

3) Makhluk Halus Bukanlah Syaitan semata
Makhluk halus bukanlah syaitan semata-mata, yang mengganggu manusia. Dalam penterjemahan Afdlin, makhluk halus kembali pad maksud asalnya iaitu makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Maka makhluk apa pun, seperti bakteria, seperti manusia, punya baik dan buruk. Maka bunian itu juga bukan semuanya negatif. Maka kita yang menonton pun bakal berhenti melabelkan semua kesalahan pada kelahiran sebagai 'petanda' makhluk halus semua nya jahat dan meninggalkan 'kenan' yang negatif.

Saya suka cerita ini atas 3 sebab.
1) Ada elemen Sci Fi
2) Ada nilai kekeluargaan dan brotherhood.
3) Mendidik, bukan memomok.

Maka misteri itu terungkailah ia dengan sebab ilmu. Bukan pula selamanya misteri dan dimomokkan turun temurun. =)



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails