3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

13 January 2012

Status-Facebook

Assalamualaikum pembaca InilahFahmi hari ini. Harapnya anda semua ok2 je. =)

Buat reader merangkap Facebooker tegar, apa pendapat anda tentang entry kali ini?
Post-post di Facebook yang tak ingin kita lihat selalu sangat.
1) Ingrateful: Hari ni makan tengahari di kedai yang sama macam semalam. Tapi lauk tah hape-hape.
2) Stalker Attention Seeker: Jap lagi ke library. Petang ni pula ke Wangsa Walk. Jumpa korang kat sana!
3) Inconsiderate: Memanglah kau sorang je ada washing machine. Tak boleh basuh perlahan sikit malam-malam buta ni ke. Aku penat balik kerjalah, aku nak tido, faham?

Post-post di Facebook yang tak ingin kita lihat langsung.
1) Holier Than Thou : Tak payah lah tunjuk alim sangat di Facebook. Macam tak pernah buat salah je
2) Paranoidly Annoying : Kalau satu hari tak like atau kacau aku di Wall, tak boleh ke? Jangan stalk sangat, boleh tak!
3) Lupa Fungsi Home FB: Memang Facebook ni tempat kau berdua je yang punya. Sakit mata lah aku tengok. Takyah lah menunjuk sangat.
4) Cari Pasal: Kalau berani postlah lah lagi. b***h betul! Aku tunggu part 2.

Post-post di Facebook yang kita mahu lihat selalu 
1) Motivasi: Bagus, i know you can do this!
2) Doa: Mudah-mudahan ada orang baik hati pulangkan thumbdrive yang tercicir di lab komputer tadi.
3) Sharing Moments dari Filem Positif : Yesterday was a history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. that's why it's called PRESENT. Kungfu Panda I





Bagaimanakah cara untuk anda nampak lebih banyak post yang positif dari yang negatif?

1) Kawal Fungsi Home
Home anda membolehkan anda nampak segala post yang ada, tanpa ada perlu 'stalk' satu persatu jika anda memang stalker tegar. Untuk ini, anda boleh limitkan siapa yang appear di Home dan siapa yang tidak perlu appear di sana

2) Gunakan Subscribe dengan baik
Subscribe kepada profil yang baik, penuh motivasi dan doa-doa yang baik. Imam Muda ke, Ustaz2 ke. Oprah Winfrey pun boleh. Tidak perlulah subscribe hanya semata-mata mencari point penting untuk membalas dendam sangat.

3) Gunakan filter post
Sistem Facebook terkini membolehkan anda filter status mengikut lokasi, network dan friend list anda. Begitu juga dengan Acquintances dan Close Friend. Semua ini membantu.

4) Kenali Friends anda..
Ini Paling penting. Anda yang tentukan kelompok mana kawan-kawan FB anda. Jangan harapkan sangatlah ayat yang keluar dari Home adalah ayat 'heavenly', jika kawan-kawan anda ramainya dari kaki kipas, kaki belit, isi hati talam, dan drama king.

5) Kawal masa penggunaan FB.
Kebanyakan ayat dan post yang positif keluar pada waktu awal pagi, dan beberapa masa selepas solat maghrib.

Pesanan penaja : FB adalah laman sosial Facebook. Biarlah FB menjadi Facebook, iaitu yellow pages untuk kita mencari wajah-wajah kenalan lama dan baru. Biarlah ia kekal begitu.

Bukan semestinya FB itu Fight Back, 'F**k-Backoff!', Find BadThings atau FerasanBagus.





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails