3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

05 January 2012

Caj Kejam Telco

Salam alaikum semua buat pembaca InilahFahmi , acam hari ni, okay? :)


Saya buka Facebook seperti biasa (aktiviti biasa setiap pagi untuk cek tempahan dan soalan). Tiba-tiba sewaktu online saya nampak ini dari Tuan Tengku Ahmad Ridhauddin.
Anda yang tak terkena, belum tentu takkan terkena.

Baik anda baca.
Saya tertarik untuk kongsi, kerana, isu ini mungkin nampak terpencil dari isu entri SEO Amalina Che Bakri, tapi isu ni isu memang serius. Isu caj telco tersembunyi.

Celcom pun ada. Maxis pun ada. (Digi dan U saya tak pasti, tak pernah pakai.)

Nak tahu apa yang beliau tuliskan?
Semak bil telefon bimbit anda.
Terutama yang buat direct debit.

Ini sudah kali kedua wahai kuncu-kuncu, pegawai dan tuan punya maxis. Hentikan ambil duit haram ni.

... Saya ada 4 talian pakej keluarga. Satunya telah dizalimi.

Cuba semak bil anda. Terutama yang buat direct debit. Bawah sekali ada bil pembekal kandungan luaran atau dengan senyuman kuli maxis sebut ECP.

Saya tak pernah berjudi dan ambil pakej judi atau game. Tapi setia hari saya terima SMS menawarkan pelbagai pakej. Bila kita cancel atau buka, maxis akan caj kita RM1-RM6.

Bagi bil saya bulan sept 11 hingga nov 11 saya dicaj RM48 setiap bulan. Bulan dec saya sedar. Bil dah RM28. Total RM172.

Saya ke Maxis Tmn Tun. Bila saya suruh kuli Maxis tu semak dengan bengang campur tahu dia cakap. Ni ECP. Nanti kita bagi tau.

Saya kata ni dah kali kedua. Mengapa saya dicaj benda yang saya tak pernah daftar. Dia kata dengan bendulnya, cik ada buka atau cancel sms ni. Saya kata line ni tak berapa aktif. Utk spare phone je. Kalau ada sms dari 36556 dan 36523. Saya cancel la. Sebab dulu pun pernah kena. Dia macam faham. Nanti saya blok dia kata.

Saya kata dulu pun kata blok. Tapi no lain. Ooo. Rupanya mereka ni pandai curi. No yang tak de komplain atau bayar buta je, mereka akan cuba. Kalau komplain mereka tarik balik. Senangnya hidup.

Tapi berapa ramai yang mereka dah curi. Nak kena kaji ni.

Saya tanya selalu ke kes ni. Dengan selambanya, dia kata mmm biasa.

Cek bil anda sekarang.

Pembekal ECP yg terbaru ialah. Ericsson SMS dan MacroK SMS.

Kes pertama kuli maxis tu pernah bagi no pembekal. Saya pernah call. Biasalah, bila ada komplain, baru mereka datang bayar atau tarik balik caj,

Tapi kita dah direct debit. Maknanya mereka ni dah curi beberapa bulan.

Tu pun kalau sedar. Kalau yang tak sedar, kayalah pencuri ni.

Semak bil anda paling tidak 3 bulan sekali. Bagi yang tak bayar bil terperinci. Pergilah ke maxis. Maklumlah bil terperinci kena lagi RM5. Tax kena 6%. Kalau pengguna HP 10 juta orang. berapakah duit haram yang digunakan utk bayar gaji staf mereka.

Nilah jenis penjenayah yang dibenarkan oleh sistem yang dah korup.

Bagi yang terkena. Mari kita hentikan jenayah ini. Kongsikan hal ini.


P/s: Tahu cara tercepat untuk notice nombor premium 5 angka ni , belum menjamin kita takkan terkena trick mereka. Tips yang saya pegang sejak 2010 sampai sekarang : Tak respon apa2, termasuk tak send STOP/CANCEL, dan terus padam.



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails