Betul, biz apa yang tak mahu untung, kan?
Tapi, dalam keghairahan pengiklan menaikkan syarat kelayakan, mengubah sistem increment sedia ada, dan menambah jumlah syarikat yang mahu menggunakan kidmat pengiklanan mereka buat blogger, mereka mungkin tidak fikirkan.
Betapa tindakan dan syarat merekalah yang bakal menyusahkan diri mereka sendiri.
Tak percaya?
Syarikat I menggunakan sistem unique visitor yang berpuluh ribu sebulan, sebagai KPI blog yang layak menggunakan sistemnya. Ia juga menggunakan KPI ini untuk menarik syarikat besar untuk menempah ruang iklannya, bagi edaran dalam bloggers.
Ketepikan soal kualti. Tapi hakikatnya dengan sistem ini, ia melahirkan blog yang lebih banyak menyalin berita dari menghasil artikel + cerita, dalam niche yang syarikat I sendiri cipta dan syaratkan.
Kerana dengan berita yang disalin bersama tagging SEO, carian blog ini bakal first dalam Google. Bila blog ini ini first, secara teori, Syarikat I, akan lebih cenderung menyenaraikan blog ini, pada syarikat besar untuk ruang iklan mereka.
Hakikatnya, bila dilihat dan dibaca semula, blog ini, entrynya banyak lagi entry berita salin-tukar-bahasa. Ini belum lagi kita cerita tentang blog yang copy entry blog lain. Dan belum lagi kita cerita blogger yang hack + kumpul FB Fan Page untuk kejar Like beribu, untuk naikkan rank dalam Google.
Semua sangat berkaitan dengan hal ini.
Dan hari ini anda tanya kenapa makin banyak blog copy paste dan semakin kurang blog yang sharing ilmu dan ulasan ilmu? Inilah antara jawapannya.
Bersambung di bahagian III. :)
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!