3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

27 January 2012

Blog dan Iklan I

Penulisan Entri blog dan pengiklanan, sudah tidak dapat dipisahkan sangat. Akhir-akhir ini memang susah nak cari blog yang tidak ada iklan. (Blog awak juga ada iklan di bawah post ini, Fahmi, kan?)

Kadang2 di Bahagian Header penuh dengan iklan horizontal. Entry utama tujuan kita, jauh di bawah.

Cabaran terbesar pengiklan dan sistem mereka, adalah, mereka sistem iklan yang betul-betul tally dengan entri blog. 

Iklan yang tally, bermaksud, iklan itu , sangat relevan dengan keyword yang keluar dalam setiap perenggan Entry blog.

(Kenapa, Fahmi?)

Supaya mereka bakal membantu blogger mengelakkan mereka dari melakukan fraud clicking.

Ia akan mengelakkan blogger dari menipu di setiap Cyber cafe dan komputer makmal yang ada, untuk meningkatkan page view (bagi sistem pengiklanan based on page view).

Ia akan mengelakkan blogger dari mewujudkan kelab bawah tanah tersendiri untuk sama-sama klik iklan mereka.

Ia pasti akan mengelakkan blogger dari menggunakan teknik-teknik blackhat untuk membolehkan iklan mereka 'diklik'termasuklah teknik javascript mouseover, juga iframe pada tag H2.

(Kenapa, Fahmi?)

Sebab iklan yang betul-betul relate dengan entry blog, sebenarnya, meningkatkan kadar klik secara eksponential , yang menguntungkan syarikat pengiklanan, dan juga blogger itu sendiri.

Jadi, untuk meningkatkan kadar klik yang juga meningkatkan reputasi mereka sebagai syarikat pengiklan, mereka sebetulnya tidak perlu berhabis banyak untuk tujuan image enchancement syarikat , melalui event sesama blogger, baik movie screening.

apa yang mereka perlu buat, hanyalah
1) memperbaiki sistem script iklan mereka.
Scripting yang dihubung pada server secara malas, dengan kualiti server yang mungkin sharing resources secara gila, mengakibatkan blog menjadi loading. Blog yang aktif bacaan hariannya, menurun, bukan kerana entrynya tidak berkualiti lagi, tetapi kerana perlahan loadnya. Kerana apa? Hanya kerana loadingnya sistem skrip iklan yang memberikan penulis entrinya, harapan sumber kewangan untuk membeli tablet berkuasa Android untuk update entry di mana saja. Ironi? You bet.

2) MEMPERBAIKI sistem script iklan mereka.
script ini boleh memasukkan bukan saja unique id blogger, tetapi juga mampu mengenal pasti perkataan tertentu yang berulang, yang datang dari meta description dalam description profil blog di database syarikat mereka. Bukan semata-mata meletakkan ruang profil members sebagai tapak carian ruang iklan buat syarikat besar.

3) MEMPERBAIKI SISTEM script iklan mereka
increment perlulah realistik dengan kuasa duit yang ada pada zaman sekarang. Tak mengapa andai syarat2nya ketat, tapi haruslah realistik dan beri peluang yang adil bagi mereka bersaing sesama bloggers. Jadi, tak perlulah bloggers buat trick blackhat hanya semata-mata nak cashout lebih banyak dari bloggers lain, walaupun mula dengan sela masa yang sama.


Bersambung di bahagian II. =)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails