10 January 2012

Hargailah Bakat Anda

Apa yang penting dalam hidup anda, (selain dari mencari kebahagiaan dan keredhaan)?

Jika anda tanyakan saya, antara perkara yang penting adalah, mengetahui diri saya berkembang ke tahap yang lebih baik. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang saya minati.

Itu belum lagi termasuk melakukan perkara yang saya minati dan dibayar untuknya.

Dalam hampir 3 minggu ini, saya diinvite masuk ke group Facebook berkaitan dengan seni digital painting atau digital colouring. WeLoveArts namanya. Group ni bagus sebab membernya peramah, tak ramai (lebih fokus), kurang gosip, dan banyak aktiviti memperbaiki seni lukis yang dianjurkan. Agak fun sebab ..... nak tahu? jemputlah join! =)

Dan setelah berkenal-kenal, komen mengomel mengomen dan belajar, dari aktiviti-aktiviti mereka, akhirnya saya menghasilkan vector pertama full body, untuk dua orang, dalam masa 4 jam. Lamanya~


Sekiranya anda berada di life-path yang lain dari apa yang anda pernah inginkan sebelum ni, tidak ada masalah jika anda masih mahu mengekalkan hobi + minat anda, dan dibayar untuknya.. asalkan anda tahu, minat dan sanggup bayar harganya.

Antara yang saya kagumi dalam designing, adalah Azah Ku Mi Ko.
Beliau tidak mengambil subjek Pendidikan Seni dalam SPM, apatah lagi dalam tempoh pengajian yang selanjutnya.

Namun bila saya ke artwork blognya, saya memang serius jawdroppingly  terkejut.

Hasil kerjanya macam yang saya biasa tengok di kalangan kawan-kawan yang ambil Arts. Tak percaya? Jemput tengok!

Ini adalah satu dari mungkin beratus-ratus bukti yang berjaya. Anda dalam ratusan yang mana? :)





Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
inilah anugerah yang diberi pinjam oleh-Nya..kita gunakan sebaik mungkin..fiza pun dari bidang engineering boleh terjebak dalam arts pulak..hihi..thanks join WLA.anda sangat berbakat dan thanks share ilmu jugak.

vector tu seperti yang fiza komen di wall WLA ^^
My recent post Kenapa tak suka makan batang ek?
1 reply · active 689 weeks ago
betul tu. Allah x bagi dan ambil sesuatu dengan sia-sia , kan. biasanya kita yang tak sedar lalu mensia-siakannya~ =_= #insaf
ooo fiza engineering ea? dulu saya pun engineering gak, tapi tak leh lah. add math tak pawa mana boleh .~ :D

terima kasih cik pengetua~ =)
Bgi wa, vector lu ada IDENTITI tersendiri.. Even berketak2 rupanya tapi itulah identiti hasil kerja lu. Really nice. Sampai sekarang wa terfikir mcm mana nak buat identiti sendiri pd vector. Jealousnya kat lu. Keep up ur good job, bro!
My recent post Selasaku Berlagu : Setia
1 reply · active 689 weeks ago
hua... identiti ketak2? haha. tu la jadinya bila malas nak guna pen tool, semua pakai Lasso jek. :D

Keep up your good work too! Terima kasih amar marcello! ~ ^^

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails