24 February 2011

Segmen Puitiskan Diri Anda

http://atiqsalleh.blogspot.com/2011/02/segmen-puitiskan-diri-anda.html

"Puitiskan Diri Anda" << ---- ?? puitis itu apa sebenarya?
Ia cumalah adjektif tentang luahan yang jujur.
Tak mahu puitis dengan semestinya perlu touching, atau jiwang... XD

Atiq, saya nak wat puisi tentang seseorang yang bermakna dlm hidup saya. siapa agaknya orang itu ya? jom2 baca..... =)




Tangan yang menggenggamku , mesra
kini menjadi tangan yang membimbingku


tulus, mendamaikan
seperti mana jabatan tangannya
membawaku ke usia
penuh dengan pengalaman dan bimbingan

kalau tidak kerana tangan itu
ketika ramai menafikan
tangan itulah yang mengusap menghalau
jerih kepiluan
dengan sabar dan santun,
tangan itulah menunjuk ajar
tangan itulah menyala dian
buat menghalau sepi dan api yang bertala
tak jemu-jemu,
acapkali,
bila semangat menjadi lebih baik, rasa tertahankan
dek mulut2 yang meratib dosa
dalam kunyah daging percuma

Doa ku salingkan buatmu
wahai pemilik tangan
bersilih ganti dengan doa buat ibu ayah
dan juga teman sepermainan, juga sepasangan

ku doakan
moga beliau dijabat dengan kasihNya yang mesra
kerana kau, guruku
kaulah tangan yang membimbing manusia sepanjang zaman.

Vlog Ytube (vlog? ko biar betul fahmi) spesel :

sekian, terima kasih. *clap untuk diri sendiri

p/s: allahu yubaarik lakum syaikhuna kulluhum jami'aan

7 comments:

forever love said...

ok..fami buat utk guru..wakil la nie..hehe...best..boleh bawak masuk dalam persembahan nie

Fahmi Mahat said...

wakil? ooo.. wakil untuk puitis buat guru yea? hehe... terima kasih ^^ ..

saya pandai tulis aje, tak berapa pandai nak deklamasi la... =_=

lain le klu awk nk tlg ajar~ kecil tapak tgn, nyiru saya tadahkan =))

forever love said...

saya lagi x reti deklamasi..hihi...xde jiwa seni la awk

Fahmi Mahat said...

ececeh, atiq. ye ke takde jiwa seni... hihi~ =))

forever love said...

betul..xde jiwa seni..nyanyi pun xreti..berlakon pun xreti..hihi

Fahmi Mahat said...

atiq merendah hati yea... tah2 hebat kut.. sajae nak join dgn KSP ke nih, merendah hati jek... sure ramai suka berkawan dgn atiq kan. hee =))

forever love said...

hehe..betol la..bab berkarya..memang atq xreti..tp bab sport..boleh la..reti la gak..hihi

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails