3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

07 February 2011

Sungguh Indah KetentuanNya

Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.

Sebagai manusia, saya sangat2 merasakannya. Lebih2 lagi Sabtu dan Ahad lepas.

Siapa saja yang menyangka ketakpulangan saya ke rumah sewaktu CNY ini telah:
a) melindungkan saya dari bahaya tak dapat pulang semula ke UIA atas sebab jalan ke Pagoh terputus?
b) memberikan saya peluang dan makna hidup yang baru melalui rakan baru di Sahabat Blogger?
c) memberikan saya peluang terhebat sepanjang kehidupan untuk bertemu semula ustazah Saadiah dan ustaz Zatul Akmam yang sampai pernah termimpi2kan untuk berjumpa usai persekolahan dulu?
d) dan juga memberikan saya peluang duduk semeja bersama Sahibus Samaahah Ustz Tahrir?
e) menjumpakan saya dengan watak FB yang tak pernah langsung jumpa selama hampir 2 tahun tahu kewujudan masing2 dalam Fb list?

Allahu Akbar. Memanglah DIA sebaik-baik perancangan dan pelaksana perancangan =)



------------------------------------
a) Jalan ke Pagoh yang terputus

sewaktu pulang buat kali terakhir sebelum ini, saya memang telah bercadang untuk membeli tiket, dari dalam bas lagi, namun sebaik sahaja sampai di Bukit Jalil, rancangan itu hilang terus dari ingatan dan hanya teringat semula bila sampai ke kampus.

Sewaktu awal cuti mid-semester baru bermula, saya telah diuji pula dengan food poisoning yang entah dari mana datangnya. setelah sampai hari Jumaat, baru lah ia betul2 surut.

Kebetulan pula, menjelang cuti mid-sem ini, hujan turun menggila, banyak sungguh kawasan yang dibanjiri. Tak terkecuali laluan ke rumah saya. Harapnya hari ni dah surut selepas masuk hari keempat cerah menjelma.

Siapa saja yang tahu apa jadi andai saya memang sampai ke rumah pada hari pertama cuti?


b) Makna Baru : Sahabat Blogger
Sepanjang 'percutian' mencari kesembuhan, saya belajar mengenali rakan2 baru dalam Sahabat Blogger. Terima kasih kepada Aliaa Farhana kawan dari UIAM Kuantan atas invitation ke Sahabat Blogger ini.

Mulanya saya agak skeptikal : takut juga. maklumlah, orang baru. Mana tahu ada undang-undang yang aneh.

Tapi alhamdulillah, so far, saya rasa akrab dengan mereka sekarang. Baru sempat berkenal dengan KSP, Wirda, CB, Kyerol. Link mereka pun sudah saya letakkan di sidebar kanan, (err, CB belum lagi, sbb lum jumpa link, maaf yer). Mudah2an banyak manfaatnya dan berkat serta panjang silaturrahimnya nanti =) Aku nak wat entri spesel untuk each korang. Moga cepat leh upload ;)

 c)Sesi Jejak Kasih
Ustazah Saadiah Shamsuddin adalah satu watak yg mengesankan dalam hidup kami di sekolah menengah dulu. Tak sangka smakin banyak link2 dalam hidup lately yang membawa saya ke arahnya, atas hikmah yang masih belum ketemunya lagi. =)

Sungguh tak disangka, semasa ke kenduri di Kundang Ulu, terjumpa kami semula. Saya pun tak sangka Ustazah saya ini rupanya makcik kepada pengantin perempuan kawan kami, Mustakizah. =)


Wah2... sempat ambil gambar lagi XD

Jumpa juga Ustaz Zatul Akmam di sini. Tak berubah sangat muka mereka (err, suara juga). Nak kena belajar lagi dengan mereka, apakah amalan yang mendekatkan diri kepada Allah hingga dikurnia muka yang sebegini, menyejukkan mata dan awet muda gitu.. huhu =)

d) Semeja bersama Mufti 
Allahu Akbar. Inilah moment yang sangat.. duh.. embarassing. >_< Tak tau nak tulis apa dah. Tapi memang overwhelming dapat bual dengan orang yang sebegini. Ramai juga muka2 familiar yang saya nampak di majlis kenduri ni.

e)Jumpa K. Sarah
Haha.. ni pun kira event penting jugak. ^^ Dah lama tahu K. Sarah ni wujud dalam FB fren list. Tapi baru semalam jumpa. Moga banyak manfaatnya kenal, insyaAllah =)

Maka wajiblah aku menambahkan lagi kesyukuran ku , bukan hanya dengan sekadar kata-kata dan post entry. Allahumma aku nak jadi baik!!! =)

p/s: Dalam bahasa ibrah manusia, kebetulan itu adalah pertemuan pada masa yang tepat. Tapi dalam bahasa Pencipta, kebetulan itu semuanya telah ditentukan dan wajib diimani dalam antara perkara2 ghaib. Sungguh indah ketentuan itu =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails