bicara tentang cerita kita semua,
bicara tentang apa yang tak pernah ada,
bicara tentang semua rasa suka lara,
bicara juga tentang apa di radio,
semua benda remeh pun nak dijadi isu,
cuba lari dari cerita tak bahagia,
cuba lari dari stress sini sana,
apa kau pura-pura tidak tahu,
atau kau cuma cuba tak mahu menipu,
bimbang kau kan terlepas cakap macam dulu,
silap cakap lain hari dah tak sebulu?
apa kau pura-pura buat buta,
orang dok cerita kau depan mata,
tapi kau duduk sengal senyum-senyum saja,
tahan marah dalam hati bagai nak gila...?
dasyat sungguh kita bermuka?
bukan lagi dua saja talamnya?
kawan makan kawan perkara biasa?
housemate kutuk ngumpat makan daging percuma?
macam mana kita nak jadi sebulu,
kalau duk bahan macam makan bahulu,
lepas satu habis ambil lagi lah satu,
tahu-tahu kenyang 'erp' wa blah dulu?
kalau tanya bukan sebab mahu jawapan
tapi tanya sebab sudah ada jawapan
kalau tanya bukan sebab mahu jawapan
tapi sebab nak hint 'pehal loading', kan?
ketik-ketak aksara nak berhenti dulu
harap lain kali kita berjumpa lagi
ambil iktibar jom mana-mana yang mampu
jadi baik bukan untuk cuma sehari
sekian terima kasih.
2 comments:
waaa.. jeles aku dgn org pndai wat pantun2 ni.. ko sepesen mcm aqu api.. geerrrrr
pantun yea. sebenarnya tak pantun, tapi bolehla jugak~ =)
tq2.... aque api hebat, so nak gak jadi hebat mcm depa =)
Post a Comment