3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

12 February 2011

Mencari Diri IV: Travelog Kundang Ulu

Kepergian ini, sungguh indah.

Mereka yang pergi, dirindui orang yang ditinggalkan.

Mereka yang pergi, telah menuju cinta yang dirindui.


Mereka yang .....


Jap jap. Jangan tertipu dengan ayat di atas. Itu adalah skrip drama akan datang lagi 3 minggu. =D

Ini sebenarnya tanda2 menunjukkan saya tak tahu nak mula dari mana cerita tentang kepergian yang sungguh indah akhir minggu lepas, Ahad =)

Entri ini dibuat ala-ala travelfotoblog untuk menunjukkan perjalanan yang berlaku dari Gombak ke Kundang Ulu, Ledang, Muar Johor, atas pernikahan seorang rakan atas rakan.

Jom baca lagi!

Perjalanan kami saya bermula seawal 730 pagi. Dari kampus, saya dibawa Fadhil ke Bukit beruntung untuk sarapan di sana dan mengambil rakan kepada rakan saya iaitu Suhana Suria. Setelah sarapan dengan nasi lemak Cik Aman (atau Amin? lupa dah), kami memecut dengan kelajuan sekitar 120-130 km menuju KUIS di Exit Putra Mahkota (baru tau jalannya ke KUIS , lepas ni boleh pergi lagi jumpa kawan2 di sana pula).

Dari sana (KUIS), kami tukar kereta ke kereta akak senior seQYC pada Fadhil, K. Sarah. [Ayat tergamam:"la, ni ke Kak Sarah?" sebab dah jadi fren FB selama hampir setahun setengah tapi tak pernah pun jumpa, tapi tak terkeluar pun ayat tu dari mulut]

Gerak ke sana dengan kelajuan sekitar 130-140km, dengan berbekalkan 'senjata rahsia' encik GPS [ye Suhana, sebenarnya kami ke rumah anda dengan GPS, pecah rahsia XD ], sampai kira2 jam 12.15 di Exit Tol Tangkak.

Dari sana, kami ke Kundang Ulu menggunakan jalan dari parit bunga. Tapi jalan itu telah ditutup kerana banjir.

Maka apa yang berlaku?

Kami telah berjalan masuk ke kampung Parit Medan Kundang Ulu dengan jalan kebun. Pada awalnya , tertulis dalam SMS dari Iza@Mustakizah, akan masuk jalan kebun sebagai jalan pintas. Tak ku sangka , jalan kebun itu bukanlah nama jalan bernama Jalan Kebun tapi memang jalan dalam kebun. LOL


Jalan kebun kelapa sawit pula tu. What do you expect? Yes. A lot of bumping here and there. Sampai takut bila nak bawak balik sebab suspect aircond problem bila parking dan tengok ada air menitik. Huu

Trafik jam pun ada dalam jalan kelapa sawit. Nasib baik Fadhil datang dengan baju batik ala YB. Senang nak bantu kawal trafik. Tak percaya? Cuba tengok ni.


Jalan Kebun : kiri kebun kelapa sawit, kanan kebun pisang

Bila 'YB' turun, mudah betul kerja XD

Dah macam dalam pemandangan video klip Dunia Antara Masa Saujana


Akhirnya setelah hampir 40 minit dalam 'Jalan Kebun', sampailah kami ke sana.
Bersama rakan2 UIA lain yang ada sama

Ayahnya Mustakizah, adik ustazah saya, dgn kakak ipar rakan baik sekelab Mustakizah

Makan2, tengok pengantin, jumpa ustazah (rupanya ustazah sekolah saya mak sedara kepada pengantin,) jumpa ustaz (rupanya kampung Parit Bunga asal ustaz ni, depan aje dengan Parit Medan ni) jumpa Saahibus Samaahah ust Tahrir pakcik pada pengantin....

Dan gerak balik.

Setelah menghabiskan ABC yang sangat .... oh, sedap. okay? XD

ABC Aiskrim. Terbaiikkkk~ Malangnya ABC Fadil rasa soya plak XD



Oh sebelum tu, kami ke Gunung Ledang dulu. Alang2 dah sampai ke Muar. Tengok2 lah apa yang ada.



Kami tengah ... ntah. Brsilat kut?




[gambar]

Akhirnya pulang ke KUIS, selepas menghabiskan smua yang terhidang di meja. Fuh. Memang sedap. dan memang mahal jugak. Tapi berbaloi lah kan. Nak jumpa makanan yang sedap dan mahal memang biasa di sini. Sedap dan murah tu, memang susah nak jumpa. Masak sendiri la klu nak murah kan? ^^

Udang Goreng Tepung.

Makan sampai muntah! Tomyam PokTek pekat + Power!


[gambarlagi]

Dari KUIS, rempit ke kampus.

Dan terus tertidur kepenatan setelah solat apa semua.

Terima kasih kepada Shell, Proton, dan Perodua untuk produk yang sangat baik. hehe =)

Terima kasih juga kepada Nikon dan Canon untuk kamera yang anti gegar.. boleh tangkap gambar banyak2 tanpa gegar walaupun jalan dalam kebun sangatlah tak ok.

Sekian travelog Kundang Ulu kami XD

p/s: jadi ke travelog kalau buat camni? komen sikit?? =D

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails