16 February 2011

Mencari diri V: Sorcerer' Apprentice

Review yang sangat lambat. Haha. Takpelah, asalkan saya mampu berkongsi dengan semua. =)  Bagi saya...


Suatu pengalaman yang dilalui oleh Egyptians di zaman pemerintahan Firaun yang hebat, dihidupkan semula dalam zaman ini.

Ketakutan dan harapan yang dibawa oleh pengamal sihir, yang kemudiannya dikuasai semula oleh kerajaan Nabi Sulaiman a.s secara ultimate, melalui Kitab Rahsia, dan penguasaan mutlak terhadap bangsa jin yang menjadi tulang belakang kepada setiap pengajaran jin.

Kemudiannya dirampas oleh tentera Knights Templar, yang kemudiannya memunculkan diri sebagai Freemason, pada zaman ini.

Merlin, adalah salah seorang dari Ahli Sihir kerajaan sebelum naiknya satu kuasa baru dalam kerajaan pasca-Arthur, yang mahukan semua pengamal sihir kecuali selected-sorcerer dibunuh.

Ramai yang dituduh gila, pemecah masyarakat, sehinggalah mereka lari masuk ke mana2 negeri yang mahukan mereka.

Merekalah sorcerer asal, yang wujud dalam setiap zaman kegelapan Eropah. Menggabungkan science ke dalam ilmu sihir, sehingga ke satu tahap menggunakan rebranding untuk membolehkan sihir tetap dipandang mulia, sehinggalah ke hari ini.

Saki baki sampai ke US, dan salah seorangnya bersusur galur... sehinggalah ke watak utama cerita, David Stutmer.

Efek: Terlalu hebat. Menyebabkan sihir ternampak sangat berkuasa. O_O

Fakta:
1)Menggabungkan sejarah sihir dan sains, dalam usaha mereka menjalinkan hubungkait antara sains + kepercayaan.
2)Penerangan sihir dari aspek molecular physics menjadikan sihir + magic kedengaran sangat ... kool. :D
3) Tesla coil memang mengeluarkan bunyi, apabila ia memanaskan udara di sekitarnya. tapi saya tak pernah tahu ia ada bunyi dalam chord tertentu pula. =)

Fakta Bahaya@Indoktrinasi: sihir sangat berkuasa. Tetapi orang yang diberikan ilmu mampu mengatasi sihir dan membawa manusia kepada menerima ada yang lebih besar dari kepercayaan dan pengamalan sihir, iaitu, tiada ada apa yang mustahil dengan keizinan Allah. Hanya Allah yang membenarkan sesuatu itu terjadi, bukan kerana sihir itu hebat atau gah.

Bunyi: runut bunyi yang sangat menarik, dari One Republic 'Secrets'. sampai saya terilham lagu selawat stail baru dari lagu ni LOL.. dan juga lagu2 lain.

Overall: Saya suka cerita ini. Saya suka pembawaan watak2 mereka. Nicholas Cage membawa watak sorcerer yang meyakinkan. Cuma comeback Danny DeVito yang tidak begitu menyerlah. Mungkin dalam Sorcerer Apprentice 2, beliau akan lebih menonjol.(?).

2 comments:

Nonie Agnes said...

wahah!! kewl~

fami said...

huuuu~ ^^ thanx nonieee~~~~ =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails