29 March 2011

Perlukah IV: Sebuah Catan Rasa

Kiranya aku sering berusaha sehabis baikku
menjanjikan yang terbaik
dari diri ini
buatmu,
perlukah setiaku pada janji
sering diuji?




Kiranya aku mahukan yang terbaik
buat diri kamu,
perlukah aku sering tanyakan,
adakah aku tidak cukup baik,
untuk berganding sama2 dengan kamu?

Kiranya aku mahu kamu ada,
dan aku juga mahu terus ada,
buat berganding jiwa sukma
masih perlukah aku,
untuk mencatan nukil rasa
di tiap perdu rendang?

Kataku:
Kerana cinta yang indah itu tidak dinukil di tempat2 kelihatan
bimbang ada tangan jahat yang akan hasad dan merosakkan
Kerana cinta itu lebih indah dirasa,
bila catan coretnya larik di jiwa.


Bagaimana katamu?

Comments

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails