3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

01 March 2011

Suatu Hari Kelahiran : Antara Teguran dan Penghormatan

Teguran dan peringatan itu penting, dan wajib sesama anggota komuniti. Banyak digariskan dalam Hadith dan Quran sendiri. 

Namun..

Memalukan itu suatu isu relatif.
Relatif secara internal dan external.

Dari secara internal atau dalaman, seorang manusia itu berbeza darjah sensitivitinya kepada suatu yang memalukan.

Sebab itu ada A yang tak kesah kentut di meja makan, dan ada B yang sanggup berlari dari meka jauh ke belakang sejauh 17 langkah sebelum kentut di balik kereta sebab tak mahu orang dengar.



Dari secara external, manusia yang hidup bergerak secara berkumpulan menonong ke sana ke mari, berbeza darjah sensitiviti malunya, berbanding individu yang suka bersendiri ke mana mereka bergerak apa adanya.

Manusia yang hidup berkumpulan, untuk memalukan orang perseorangan lain, tidak akan berasa malu untuk berbuat sedemikian kerana kesan 'follower' atau pengikut.

Manusia yang sering lone ranger biasanya akan berfikir lebih dari 2 kali sebelum membuat tindakan yang boleh memalukan individu lain.

Persoalan timbul.

Adakah niat untuk menegur untuk kebaikan itu mampu dijadikan sebab mahupun alasan untuk memalukan yang ditegur?

Di manakah pula keikhlasan masing2, di pihak yang ditegur untuk berlapang dada, dan di pihak yang menegur, untuk tidak mengaibkan?

Rasulullah sebaik-baik insan telah mengajar umat dengan sebaik-baik contoh.

Bila menegur kekurangan, biarlah terlindung dari orang lain, agar kekurangan itu tidak diketahui orang lain. Bila memuji kebaikan, biarlah di hadapan orang lain secara umum agar yang lain bisa mengambil contoh.

Apakah 'aib itu? 'aib itu, adalah perkara yang memalukan apabila didedahkan pada orang lain.

Semua orang ada 'aib tersendiri.

maka beruntunglah mereka yang menyimpan 'aib mereka itu buat diri mereka sendiri, sehinggalah Allah memilih untuk mendedahkannya di hari Pengadilan kelak... atau pun membiarkannya saja.

Kerana teguran itu boleh saja dibuat tanpa perlu mendedahkan perkara yang memalukan.
Kerana teguran itu masih wajib, tidak boleh kita tidak menegur mengingatkan hanya kerana kita tidak mahu memalukan, itu juga masih salah.

Namun kita menegur biarlah secara berhikmah, biarlah objektif.
Bukan hanya kerana kita ini Melayu.

Tapi kerana kita ini Muslim. Islam.

Asas Islam itu bukankah membuatkan orang lain rasa aman dan sejahtera dengan kita?

p/s: aku tertinggal on9 dua hari, mcm2 dah jadi yea. =)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails