15 September 2005

Tolong, jangan sunatkan aku!!!

Wuih! Dah sebulan penulis tak mengupload entri...
Tapi masih belum mampu pecahkan rekod tahun 2003.. waktu tu penulis masih tidak sihat, dan blog terhenti selama 2 hingga 3 bulan.

Nak kata sibuk, masa ada je untuk masukkan entri baru, tapi masa tu sering digunakan untuk perkara-perkara lain... dan juga "perkara-perkara lain".. termasuk termenung di library.. hehehe.
Mm... minggu lepas penulis balik ke rumah pakcik di Kampung Seri Temenggong, di Sungai Tua, selama 2 hari 3 malam. Dari malam Isnin hinggalah ke malam Khamis. Kampung ni di belakang Taman Sri Gombak (TSG). Belakang lagi, bukan belakang betul. Kalau tak silap kampung ni terletak berhampiran TSG Fasa 10. Kunjungan lepas adalah kunjungan ke lima. Pun begitu, masih ingat-ingat lupa jalannya. Barangkali penulis akan ingat jika penulis sendiri yang memandu.
Ada satu cerita yang penulis mahu kongsikan bersama para pembaca sekalian.

Pada satu petang, (petang selasa, agaknya) penulis baru selesai menyudahkan solat Asar secara ifrad di bilik depan, sepupu penulis yang berumur antara 9 hingga 6 tahun, 4 orang kesemuanya, masuk ke bilik, bermain dan bergurau dengan penulis. Kami berbual bual, dan makan bersama2 dalam bilik tersebut. Seorang daripada mereka menghidupkan komputer, dan bermain game Pokemon Sapphire versi Computer Emulator. 3 orang yang tinggal mula mengajukan teka teki pada penulis.

"Along, haa, Sofia nak tanya along satu teka teki.." Sepupu penulis yang paling sulung, Sofia, 9 tahun mengajukan permintaannya.
"Haa,tanyalah.. mesti boleh jawab punya..." Ego penulis menjawab.
"Along mesti takleh jawab punya... "
"boleh, cubalah.."
"Ok. Ada 3 buah kedai dan sorang perompak. Kedai A ialah kedai runcit, Kedai B ialah kedai barang letrik, dan kedai C ialah kedai emas. perompak tu masuk rompak kedai a dan kedai b. Kenapa kedai c dia tak masuk? Haa, jawab, jawab!" Sengih sofia.. elleeh, bajek comel la tu...

Penulis diam sekejap.
"eleh, sebab kedai emas tu canggih, Ada CCTV. Sebab tu perompak tak berani masuk. haa, takpun pasal kedai emas tu ada orang yang jaga. Kedai kedai yang kena rompak tu takde orang yang jaga.. betul tak?"

"Haa!!! Salah! Dah ke, nak teka lagi..?"
"Eh, apsal salah pulak? betul lah tu.."
"salah! Jawapannya sebab perompak tu takut."
"kenapa dia takut?"
"Sebab, kalau dia masuk, Engkau Masuk Aku Sunat!!! Hahahaha....!"
?????????....... Oh.. Faham3..
E=Engkau
M=Masuk
A=Aku
S=Sunat

Penulis terdiam lagi. Hm, budak2..

Indahnya mereka bermain dengan perkataan dan konsep. Mereka gemar keluar dari dunia dan maksud sebenar perkataan. Biarpun mereka tak tahu apakah ia benar atau salah, namun keberanian untuk keluar dari kebiasaan merupakan salah satu trait penting dalam dunia sebenar, pada masa sekarang. keberanian untuk mencipta trend baru, pemikiran baru, dan inovasi baru.

Tak ramai antara kita yang nak buat macam tu, dan most of the time, penulis berani kata ia jadi macam tu sebab kita tak nak kita dikatakan macam budak2. so, kita jadi rigid dan kaku. Bukan saja pada pemikiran, tapi juga pada tindakan. Kita terikat dengan hukum praktikaliti yang dah berkali kali kita buktikan. Kita buat satu perkara dengan cara yang sama dan tak mahu cuba cara yang lebih baru, segar atau kreatif, dengan alasan kita dapat apa yang kita nak bila kita cuba cara kita yang lama.

Ya, penulis tak nafikan, memang dengan hukum praktikaliti kita akan dapat siapkan kerja kita dengan lebih senang, lebih pantas. Tapi kenapa tak nak cuba sesuatu yang baru? Kenapa tak nak dekati kerja-kerja lama dengan idea yang baru?

Jujurnya, jawapan yang penulis boleh fikirkan: sebab kita tak berani.

Cara paling baik untuk mulakan: tiru sikit sifat kanak-kanak, dan jangan matikan kanak-kanak dalam diri kita. Dalam diri anda.

Bila kanak-kanak itu mati, anda akan hilang rasa ingin tahu.

Bila kanak-kanak itu mati, rasa berani mencuba kita akan mati.

Jadi, ambillah tindakan yang anda rasa patut diambil. Saya pun sama. Nasib saya juga macam anda. Saya pun baru aje mengalami eureka tentang perkara ini, jadi sama2lah kita ambil iktibar.

"Tolong, jangan sunatkan aku!!!" :)

2 comments:

mira said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mira said...

ingatkan tajuk ni keluar seba baru tonton 'kiamat sudah dekat'. yela, siap dengan slang sekali semalam :)

semua nak jadi along. saya pun along gak! :) eh, fami anak sulung ye? ngamla kita bertiga :)

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails