17 June 2005

kasih seorang ayah


Hari ni aku baca paper kosmo. Sesaje tukar angin, selalu baca metro atau utusan je. Baca baca, belek2, tetiba sampai kat page 6. tengok sikit.. usya2.. uh?! Apa ni? Ayah rompak kedai untuk biayai pembelajaran anak? Ya Allah..

Bila aku baca lagi detail, rupanya bapak ni memang nekad. Cina. Dia nak support anak dia supaya anakdia boleh berjaya. Jadi lebih baik dari dia.

Sayangnya seorang ayah pada anaknya.
Kasihnya seorang ayah pada anaknya.

Adakah anaknya tahu yang ayahnya sanggup merompak untuk menyekolahkan dia?
Adakah dia malu pada ayahnya?

Ah, anak hanya tahu “malunya… ayah aku rompak bank..”
Anak hanya tahu..”bila ayah nak kirim duit? Nak makan pun tak lepas ni. Nak top up lagi lah..”
Anak hanya tahu.. “hujung minggu ni nak keluar dengan awek, tapi duit tak cukup, malam ni mintak ayah masuk dalam akaun..”

Apakah kita anak yang baik?
Apakah anak yang baik itu hanya sekadar mendapatkan pendidikan dan kepujian yang baik?
Bukankah lebih baik jika anak tidak menyusahkan ibu bapa.. terutamanya dalam masalah kewangan? (apa, ingat kita sorang saja yang belajar? Adik2 kita? Bukan mereka yang sponsor?)

Sayangnya ayah pada anaknya… takkan terbalas sayang ayah oleh anaknya…


SElamat hari bapa ayahku…

(buat ayahku, Hj Mahat bin Hj Sueib.. semoga Allah merahmatimu .. aku sayangkan ayahku…. Terima kasih ayah..)

1 comment:

TajamFikir said...

Assalamualaikum, perkara paling utama, pokok yang baik berasal daripada benih yang baik, melentur buluh biar dari rebungnya, anak yang soleh dan solehah akan lahir, daripada ibu-bapa yang baik.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails