3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

14 May 2009

Krisis Perak:Kuasa dan Autoriti


Dalam dimensi kuasa dan autoriti, cuma kuasa yang digabungkan dengan autoriti saja yang mampu untuk merubah keadaan menjadi lebih baik.

Kuasa yang wujud tanpa autoriti akan melarat menjadi kuasa yang tak terkawal. Autoriti tanpa kuasa pula sudah pasti tidak mampu untuk mengubah apa-apa.

Jika pelajar dan kelas dijadikan contoh:
a) pelajar dianggap berkuasa melalui agen kuasa (wang, pengaruh status di kampus) sekiranya mereka mampu membeli "A" untuk subjek mereka dari pensyarah.
b) tetapi melalui autoriti, pensyarah hanya akan memberikan A sekiranya pelajar datang ke kelas, mengambil bahagian dalam perbincangan, menjawab kuiz-kuiz, menghantar assignment tepat pada masa, serta menghadirkan diri dalam peperiksaan akhir semester.

Kuasa dan autoriti perlu wujud bergandingan, dalam langkah untuk sama-sama mewujudkan apa yang dipanggil sebagai kuasa yang terpimpin. Hanya kuasa terpimpin yang mampu mengubah keadaan yang sedang berlaku di Malaysia.

Bagi saya, apa yang berlaku sekarang, di Perak, adalah gambaran bagi manifestasi kuasa tanpa autoriti yang kuat, di pihak parti yang memegang kerajaan pusat.

Mungkin ada 40% betulnya kata-kata dari Hishamuddin Rais, bahawa pemimpin kita adalah pemimpin paling berkuasa di dunia, beliau tidak begitu menyerlahkan akauntabiliti yang ada bagi menjustifikasikan setiap tindakannya ,tidak seperti di negara-negara maju seperti US dan UK yang bukan negara Islam pun.

Sekurang-kurangnya, mereka ada Senate untuk dihadap dan djiawab segala tindakan. Kita?

Kuasa memang boleh ada di tangan kita, tapi kita juga memerlukan autoriti dari tangan mereka yang satu lagi.

Hanya melalui autoriti yang dikuatkuasakan melalui perlembagaanlah kita boleh melakukan proses check and balance.

Namun begitu, andai perlembagaan pun kita belum lagi fasih apakan pula nak menghadamkannya menjadi so-called "tindakan berperlembagaan", janganlah kita menganiaya manusia lain dengan jawatan kita.


p/s: Akhirnya bercakap juga saya mengenai isu Perak. Terima kasih kepada tenaga pengajar saya buat Semester Tiga 08/09 ini kerana menambahkan kepekaan dan kadar politic literacy saya.

p/p/s:Hakikatnya, jarang saya dapat menulis perkara politik dari aspek akademik, dan class content. Selalu spontan aje. Haha.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails