Dalam entri yang berbeza, Izmil Ma Fren menyifatkan keadaan yang berlaku di Perak dengan aiskrim, bola dan bulutangkis. Dalam Blog of My Life, ia disifatkan dengan bola juga. Mungkin disebabkan bola itu bulat, keputusannya berubah-ubah, maka ia menjadi kayu ukur kepada betapa unexpectednya pergolakan dunia politik Malaysia sekarang. Mungkin.
Tidak kira walau bagaimana teruknya satu demi satu institusi diperguna untuk mencapai objektif mereka.
Tidak kira walau bagaimana jakinya saya pada mereka yang kemaruk kuasa, yang rasa kuasa itu macam boleh dilantak-lantak sampai tujuh keturunan.
Bagi saya, apapun metaforanya, saya meyakini bahawa maksud yang ingin dicapai oleh kebanyakan manusia dan blogger (mcmlah blogger bukan manusia juga, ada-ada sajalah kamu ini fahmi), adalah kebebasan mahkamah dari terikat dan terbeban dengan pengaruh birokrat
Bukan masa untuk salahkan apa yang pernah berlaku dulu oleh Dr M. Walaupun ada yang quote dia pernah beritahu, "bila makan tengah sedap, berhenti," namun dia dah pernah terlepas sebab kesedapan. Dan kesedapannya dulu, membawa bencana pada rentetan sejarah public administration Malaysia. Bukan masanya.
Tapi sekarang, apa yang saya nampak, agak menakutkan juga. Dalam kegawatan ekonomi dunia yang impaknya bukan sedikit pada kita (juga boleh disebabkan kurang yakinnya pimpinan kita pada pengikatan nilai mata wang pada Dinar Emas yang tak dilaksana sampai sekarang), kita masih berbalah tentang siapa yang patut menguasai sumber asli di Perak, menerusi logik siapa yang jadi MB, dia akan yang akan menguasainya. (Ya, Perak antara negeri yang memiliki rizab sumber asli yang belum diterokai sepenuhnya.)
Jika Perak tak punya apa-apa masalah, kita sudah boleh ke depan untuk mengatasi kelemut recession. Saya sendiri gusar dengan status saya selepas graduasi nanti. Buatnya recession ini sampai akhir tahun tak habis-habis, tak ke naya. Anda tak risau? Mungkin tak perlu, kalau ayah anda adalah MB atau mana-mana ADUN. Hehe..
Dengan cara yang terlalu jelas menampakkan keterdesakan, kita mahu tahu apa yang sebenarnya ada di sebalik negeri Perak dan pentadbirannya, hingga perbalahan ini menjadi-jadi ke tahap ini. Saya yakin, ia bukan sekadar isu speaker-diheret-macam-plastik-sampah, mahkamah-dirayu-dan-diragu atau mesyuarat-Pasir-Berdengung-Laksamana Do Re Mi.
Agak kalau dibuat open auction di ebay.com.my, berapa harga kerusi Speaker dan meja jawatan MB Perak? Berapa ramai sanggup bayar RM 25 Juta kalau butang Buy It Now membolehkan anda memperoleh RM10 Juta setiap bulan dari total sum untung projek yang bakal diperolehi dari kedua-dua kerusi dan meja, selama beberapa tahun sebelum PRU 13? Tak kisahlah duit tu ke mana, baik ke poket yang sepatutnya (rakyat) atau yang se******nya.
*Disclaimer: Segala nilai yang dicatatkan adalah floating dan bergantung kepada kadar tukaran USD ke Euro. Ahaks..