3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

02 August 2011

Simple Aje Ni II: Google Mapskan Lokasi Anda untuk Peta Raya Kawan2




Contact Us adalah satu daripada tab yang penting juga dalam mana2 website. Selalunya apa yang ada dalam contact us, adalah cara untuk kita hubungi adminstrator web tersebut.

Selalu juga kita akan inginkan cara untuk kita temui person in charge yang mungkin perlu kita jumpa face to face.

Jadi, menambah fungsi map pada contact us, adalah satu cara yang sangat berkesan.

Masalahnya, menambah map menggunakan janaan imej persis kad kahwin, kurang berfungsi.

Apakah peta yang berfungsi, mudah digunakan,  dan mampu 'ditanya' dan memandu ke arah destinasi dengan time estimation?


Jawapannya adalah: Google Map. Ya, benar, Google Map memang benar-benar berfungsi.

Cara oldschool untuk memasang Google Map termasuklah setup API nya, codingkan latlng (latitude longitude, sistem koordinat sedunia), setup canvas, dan buat semua ini, sebelum import semua dalam bentuk pure code sebelum dipaste ke dalam HTML table.

Cara baru pula adalah dengan terus ke Google Web Elements. Di sini, kita hanya perlu pilih Google Maps, taipkan lokasi di Marker Address, atau kita boleh terus taipkan nama tempat yang kita mahukan di Marker Title.
Copy code di bawahnya, dan kita boleh terus paste, samada ke page@post kita , juga di HTML/Script Widget, kalau di Blogger, dan di Text kalau di Wordpress.

 

Untuk penggunaan yang lebih advanced, contohnya menambah lokasi yang kita tidak jumpa lagi pada maps, kita boleh copy code tersebut ke Notepad terlebih dahulu.

Kemudian, kita masuk ke Google Maps yang sebenar, login ke acccount kita, dan tekan My Place untuk menambah lokasi.

Dari sini kita mungkin perlu untuk mengubahsuai kedudukan marker, dengan menekan dan mengalihkannya di atas canvas map, menambah detail alamat yang kita tahu di bahagian description, mungkin juga menambah contact number  dan email.

Kita juga perlu set ia sebagai Public, memandangkan peta ini harus public, sebelum ia boleh dicapai dalam element google map tadi.

Tunggu sekitar 10 ke 15 minit, dan lokasi ini akan muncul dalam Element Google Map kita tadi apabila kita taipkan.


Kalau tak keluar juga, kita cuma perlu ubah suai latlng dan title dalam coding tadi, saja. Untuk code koordinat, kita cuma perlu right click di atas marker tadi, dan click ke What's Here.
 
Koordinat akan terus keluar di Search Field. Gantikan Koordinat ini ke dalam coding yang kita copy tadi.

Dan copy semua code yang kita telah edit tadi ke tmpat yang kita mahukan, contohnya widget, post, atau page. Dalam contoh ini, saya pastekan ke dalam page Hubungi Kami di www.srialhafeez.com.

Kelebihan menggunakan map jenis ini adalah, kita + pengguna boleh search direction ke tempat ini direct, tak perlu tanya orang sangat. Kita + pengguna juga boleh search menggunakan semua jenis smart devices yang boleh gunakan Google Maps. termasuklah iPad, Galaxy Tab, HTC , semua-semua lah. :)

Buat yang #retis semua tu, dan nak tambah kunjungan ke rumah, boleh la cuba cara ni. Letak aje di Blog masing2 .. he2.
Berani?~ Selamat mencuba!

Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails