04 August 2011

Mencari Diri : Basuh Kereta Lepas Sahur

Bukan Kereta Saya! ha3 .Credit to Kereta.Info


Semata-mata tak nak tidur lepas sahur hari ni, akhirnya kereta yang semalam kena hujan , berbilas juga akhirnya .. ha2.

Semasa membersihkan luar dan dalaman kereta, sambil2 mengelap bahagian yang kotor, baru saya tersedar beberapa perkara.

(Apa tu, Fahmi?)


Bersih
Walaupun kereta tu pakai bodykit R3. Walaupun kereta itu pakai custom vinyl.
Walaupun kereta itu warna caffe latte. (cik Tiniey: apakah? #haha)


Tapi kalau ia tak bersih, hakikat sebenar sebuah kereta adalah, bagaimana cantik pun kereta, andai ia tidak sebersih mana, hati kita tetap akan rasa something wrong, dan ada yang tak kena.

Itu kita sendiri. Apatah lagi bila fikirkan reaksi orang lain yang akan tumpang kereta kita.
"Eh, semaknya kereta dia nih. Bersepah betull!" << ayat ni saya pernah kena, walaupun pelan, tapi saya dengar. Walaupun time tu pakai kereta sewa kawan2 aje pun, ha3. (start time ni kalau sewa keta lebih dari sehari, saya akan amik awal dan try untuk buat ia nampak bersih, dan kemaskan dulu sebelum gerak)

Hakikat bersih, itulah dia.

Hati Bersih
Lebih kurang juga dengan manusia. Kan?
Meskipun pakaian da gerek, rayban dah gempak, gadget dah cool, (Samsung SII ke, iPad ke, tak kisahlah, DSLR lagi) shawl dah pelangi, atau jaket dah kulit, truth is, kebersihan itulah yang akhirnya dinilai.

Kalau hiasan luar nampak menarik, tapi bila dekat, macam ada bau 'kureng', pun rasa tak kena. Kan?

Begitu juga kalau hatinya. Sebab manusia yang hatinya bersih saja, yang akan lebih disenangi, bukan semestinya manusia yang lebih famous, #retis, dan yang sewaktu dengannya.

Mudah-mudahan, sempena Ramadhan ini, kita akan mampu memperbersih lagi dalaman dan luaran kita. insyaAllah ^^



Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails