3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

08 August 2011

Ihya Ramadhan: Allah Mendengari Kita

Credit buat EnginKorkmaz


Allah berbicara kepada kita , dalam kita tidak benar-benar mendengarnya. Atau benar-benar menyedarinya.

(Benarkah, Fahmi?)

Ya, memang benar.

(Macam mana, tu?)

Dalam sebuah hadis Qudsi diriwayatkan oleh Muslim, Allah berfirman, "Aku membahagi solat menjadi dua bahagian,iaitu satu bahagian untukku, dan satu lagi bahgian untuk hambaKu. Dan hambaKu akan mendapatkan apa yang dimintanya.

Apabila seorang hamba mengucapkan Alhamdulillahi rabbil 'alamin, (segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam,), maka Allah menyebut, "hambaKu memujiku."

Apabila dia mengucapkan "ArRahmaanirrahiim" (yang maha pemurah lagi maha mengasihani), maka Allah menyebut, "Hambaku menyanjungku"

Apabila dia mengucapkan "Maaliki yaumiddiin" (Yang menguasai hari pembalasan), maka Allah menyebut, "HambaKu Memujaku".

Apabila dia mengucapkan "Iyyaka na'budu waiyyaka nasta'iin" (hanya kepadamu kami memohon pertolongan), maka Allah menyahut, "Inilah bahagianku dan bahagian hambaKu. HambaKu akan mendapatkan apa yang dimohonnya."

Apabila dia mengucapkan, "Ihdinassiraatal mustaqim", (tunjukkilah kami jalan yang lurus), "Shiiratalladziina an'amta 'alaihim ghayril maghdhuubi 'alaihim walaadhoollin." (jalannya orang-orang yang Kau beri nikmat, dan bukan pula jalan yang Kau murkai  dan bukan pula yang sesat), maka Allah menyahut, "itulah hak-hak hambaKu dan hambaKu akan mendapat apa yang dipohonnya."

Sedar atau tidak, inilah dialog kita seharian , 17 kali, dengan Dia yang Maha Tinggi.

Sama ada kita mahu sedar Dia menjawabnya lebih dari itu, kita sendiri yang akan merasainya. =)


Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails