3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

21 August 2011

Marah Bukan Tanda Sayang




Marah bukanlah tanda sayang. Marah adalah emosi, dan emosi bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya mampu bermula dari emosi yang baik.

Disebabkan marah adalah emosi, maka batasan rasional kurang relevan. Kita  tak akan sewenangnya mampu kata "kau tak payah nak marah, ni mende kecik aje", sebelum kita memahami mengapa marah tu wujud.


Disebabkan marah adalah emosi yang tak smua orang mampu terima, lahirlah pemahaman yang silap antara bermuka-muka jaga muka orang dan muka sendiri, juga jadi diri sendiri yang pemarah dan tak peduli marah orang lain.

Disebabkan marah adalah emosi, dan bukan logik, maka ia perlu dilatih dan dibentuk untuk membolehkannya fit-in dalam personaliti, seterusnya dalam masyarakat.

Manusia yang emosi nya tidak matang, bakal mencetuskan huru hara yang lebih teruk, dari pada manusia yang intelek atau akalnya tidak matang.

Bukti?
Orang yang tidak tahu, jarang sekali tahu mereka mampu buat huru hara dengan ketidaktahuan mereka.
Orang yang tahu segala, tapi tak tahu apa yang mereka mahu dengan jelas, huru-hara kita ni nak layan mereka. Sekejap nak tu, kejap nak yang ini.


Anak yang sering dilatih untuk mengalah tanpa sebab (give in) yang munasabah, contohnya anak sulung, mampu mengakibatkan kewalangan personaliti (character distortion).

Dengan ketidakmampuan anak untuk memahami rasional ibu bapa di sebalik alasan 'mengalahlah, kau kan abang/kakak", fakta bahawa marahnya anak sering dikaitkan keperluan perhatian (attentivity) dan rasa didengari, akan melahirkan generasi yang kemudiannya hyper attention-seeking; apa pun yang dibuat, semuanya mahukan perhatian, untuk membolehkan mereka rasakan tiap tindakan mereka itu sah (valid).


Bukankah ini yang berlaku kepada gen- Y sekarang?

Blog, Social Network Site, semuanya melatih kuasa aku-mahukan-perhatian-korang tetapi tidak melatih generasi sekarang untuk mengkoreksi diri, dan menyedari, atau mencari sebab mengapa mereka terlalu perlukan perhatian.

Berapa ramai kita-kita yang menyimpan blog personal untuk meluahkan marah walaupun tahu marah itu tidak akan diterima jika diluahkan di hadapan orang-orang ini? Sedangkan kita sedari, marah itu memang perlu?

Begitu juga dengan fakta bahawa marahnya anak dikaitkan dengan selective response mereka kepada konsep "ibu bapa tak salah" yang sememangnya silap.

Marah selalu dikaitkan dengan salah.
Namun kita tak sedar, ibu bapa tak salah itu adalah konsep yang tak tepat. Ibu bapa adalah manusia, bukan Tuhan. Bukan juga malaikat.

Jika dilihat lebih jauh, mungkin Konsep yang lebih tepat adalah 'ibu bapa tak ada dosa dengan anak", barulah ia akan fit-in dengan rasional tindakan ibu bapa, yang mungkin hanya mereka saja yang mampu memahaminya.

Kepentingan

Jika kita beri perhatian kepada rasa marah ini, kita akan memahami bahawa, jadi degil dan membantah tiap arahan bukanlah kerana ia tak faham pentingnya atau betulnya arahan itu, tetapi reaksi degil itu sebetulnya adalah pemberontakan kepada suatu yang sangat 'core', dari mentaati arahan : rasa dimengerti.

Manusia yang paling kuat adalah manusia yang mampu mengawal marahnya. -maksud hadith.

Mari kita lihat definisi kawal.
Adakah kawal bermaksud tahan?
Adakah kawal bermaksud buang?
Adakah kawal bermaksud pedulikan (ignore)?

Tentulah jawapannya TAK. Kan?

Ambil contoh paling mudah, 'kentut' . Okay, fine. Bila kita kawal rasa nak kentut, kita memang tahan dari nak kentut. Tapi adakah bila kita kawal kentut, kita buang rasa nak kentut? Adakah kita buat tak peduli pada rasa nak kentut? Tak, kan?

Kentut tu fitrah. Begitu juga marah.

Kawal, bermaksud latih, dan salurkan pada masa dan keperluan betul.

Plug kan definisi kawal dalam hadith ini, dan kita lihat kembali definisinya.

Manusia yang paling kuat adalah manusia yang mampu melatih, dan menyalurkan marah pada masa dan keperluan yang betul.

DAN itu semua perlukan tahu (ilmu), mahu (keinginan untuk jadi lebih kuat) juga mampu (kekuatan hati).


Solusi
Anak perlu dilatih untuk mengetahui bahawa adalah sihat dan normal untuk merasakan marah.

Anak juga perlulah diberikan ruang untuk marah, dan mengetahui atas sebab apa mereka patut marah, atau tak.

Mereka juga perlu diingatkan tentang cara marah yang baik, agar mereka boleh bersosial dengan baik, meskipun mereka dalam keadaan dan posisi yang membuatkan mereka marah.

Oleh itu, marah tidak perlu dinafikan, tetapi marah perlu diajar dan dilatih untuk disalurkan dan diekspresikan dengan cara yang betul.

Siapa yang lebih baik untuk mengajarkan ini semua? hanya ada dua pengajar yang baik.
1) Ibu bapa sendiri, sebagai kuasa terkuat dalam keluarga
2) Pengalaman

Ibu bapa mampu mengajar anak sedari kecil, dengan menitik berat rasa tanggungjawab dan kepercayaan, juga menciptakan ruang buat anak bekerjasama dan mengenal ruang peribadi diri sendiri (personal spaces  and limits). Ruang peribadi yang baik melahirkan rasa marah yang kemudiannya harus dibentuk melalui 'shaping', dan boleh dilaksanakan melalui role-play yang positif.

2) Pengalaman yang dilalui oleh anak tadi, baik melalui pemerhatian dan pembandingbezaan, melahirkan rasa marah yang tepat pada masa yang sesuai dalam konteks yang betul, dan membentuk self-regulator bagi mengesahkan rasa marah tadi secara internal, bukan lagi melalui validization dari orang sekeliling, baik autoriti mahupun masyarakat sendiri.


Kesimpulan
Marah bukan tanda sayang. Tetapi kebertanggungjawaban dan mengambil beratlah yang akan menyebabkan sayang itu terpancar melalui teguran dan peringatan, yang semestinya tak setiap masa perlu marah-marah.




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails