Tajuk di atas takde kaitan dengan entri speed trap okay. :)
Saya nak bercerita tentang Apple sebetulnya.. Cerita apa?
Perginya Steve Jobs dari Apple tak lama lagi (atau mungkin dah pergi saat entri ini ditulis,) mungkin bermakna Apple bakal kehilangan pemimpin prodigal+ talented +visionary nya, yang banyak kali meneka aliran market konsumer untuk produk Apple di masa akan datang.
Kan?
Yelah, sebelum iPhone keluar, mana ada sangat smartphone yang betul2 smart?
Sebelum iPad keluar, ada ke syarikat mana yang buat tablet bersungguh2 macam Apple buat?
Kan?
Saham mereka pun ditutup 5.4 peratus lebih rendah waktu Steve Jobs pergi.
Tapi harapnya, dengan kemasukan bakat-bakat baru dalam manpower mereka, contohnya hacker JailBreakMe , Nicholas Allegra, mungkin mereka boleh bergerak ke arah niche baru dalam industri Apple.
Apple: Eh, kau mamat yang jailbreakme tu kan? Baik ko join kami kerja, kalau takk...
Nicholas :erk. Kalau tak, apa korang nak buat? =_=
Apple:: Kitorang saman ko. Billion. Ko ada duit? xde kan? Jom sign kontrak. >:D
Nicholas ni, pada asalnya, adalah antara hacker yang muda dan berbakat. Beliau telah mencipta sistem JailBreak yang paling mudah, untuk iPhone, iPad dan iPod (versi wifi). Jailbreak adalah...
Hanya semudah datang ke website "jailbreakme" dari iPhone masing2, dan cuma slide untuk jailbreak. Nikmatilah semua jenis third party boleh digunakan tanpa was-was, (selepas di sync kan dengan iTunes.) pada iPhone anda.
Sebelum ini, JailBreak adalah satu kerja yang risky. Dan bukan semua orang sanggup ambil risiko menjadikan iPhone mereka seketul batu bata yang tak berharga, bila tersilap jailbreak. Nangis woo, dah lah mahal mendaAllah tu.
Mungkin selepas ni, hacking versi "extensive cloud computing ke kan" dibawa setapak lebih jauh oleh Apple , menerusi kerjasama Nicholas Allegra. Tak boleh bayangkanlah jika semua produk Apple termasuk Apple TV memang boleh dihack, terlalu banyak possibility untuk Open Source gunakan sebagai platform penyelesai masalah.. I like =)
Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!