29 August 2011

Ketuk-ketuk Ramadhan Versi Inilah Fahmi

Bersama saya dalam ketuk-ketuk Ramadhan versi sesat. =_= Teruja betul. Tahu tak semalam saya buka puasa dengan siapa?

Buat kali keduanya saya berbuka puasa dengan kawan Blogger selepas 3 tahun.

Kali pertamanya adalah di Rumpun Gathering, tahun 2007 di Restoran Pelita Nasi Kandar cawangan KLCC, bersama tukang belanja Josh Lim (Adverlets), Izwan Robotys, MiraKimura, Fahmi Flavert, LisaMelur Raining Heaven dan Saudagar Mimpi Tuan Syarafuddin Sulaiman dan ramai lagi Bloggers seputar launching Advertlets. (Cerita dulu-dulu. Sekarang semua dah jadi manusia luar biasa).

Tapi, semalam, saya buka puasa di Taman Permai, di rumah #retis Tuan Admin SB (sahabat Blogger), bernicknamekan Kunci tertinggal Locker aka ******** nama dirahsiakan atas permintaan empunya badan, wahahaha , mengade betul).

Turut serta adalah old timer Nor Fatiah Yadz.

Sebetulnya nak buka di Sabak Aur Muar, tapi sebab ramai yang tak jadi, jadi, kami tarik diri dan buka di rumah Tuan Admin. Nasib baik keluarga dia okay. Yelah, bagitahu nak datang pukul 4, tak ke pitam mak dia kalau jenis macam mak yang suka entertain tetamu dengan makanan yang banyak, and bersemangat sangat prepare macam2?

Selepas dapat green light, kami terus mencari bazar ramadhan paling meriah terdekat, dan capai lah 4 jenis makanan berbeza.

Saya dapatkan karipap daging + sardin, tau foo fa (yang ayah Tuan Admin nampak suka benar makan, hehe) yadz pula dapatkan murtabak + otak-otak (Sidiq kesedapan, sampai tak cukup rupanya. takpe yadz, tahun depan kita beli rm10 ringggit k? hehe)

Sesampainya di rumah Tuan Admin, reaksi pertama saya dan yadz:

Wooaaaaaaaa~ rumah kaooooo :D

Sebelum makan, adalah sikit sesi ice breaking. Sempatlah mengusik adik beradik Tuan Admin, dan tengok movie Flat 3B 3A dengan Ika (zulaika, budak paling petah kat taman permai haha), Amat, dan lagi dua orang adik beradik Admin, sori belum tahu nama.

Aktiviti lain termasuklah anyam ketupat (nasib Bro takde, kalau tak, maybe dah dapat satu vlog anyam ketupat hahaha), dengan Tuan Admin. Yadz pura2 tak pandai, geram betul..

Usai makan, kami tumpang solat dan bergerak pulang, sebab lewat malamnya nanti saya gerak balik kampung di Semerah Batu Pahat pula.

Terima kasih sebab bagi kami tumpang buka puasa , ya, Tuan Admin? kalau tak , tak tahulah kami nak buka di mana. Hehehe...

p/s: Ade ke patut dikenenkan dengan akak Tuan Admin? Kesian pakwe akak dia jeles nanti #adehhhh




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
#untungla
My recent post PERADUAN raya facebook
1 reply · active 708 weeks ago
#pun bolehhh :D
hahaha...adus...awat pgl tuan admin lak ni..atoi..segan i..wakakaka...
eh..bukan ko suka ke dpt berkenalan ng akk aku??wakakakak...ppe pn thnk sudi dtg driver retis...wakakakaka... :P

selamat ari raya dari kunci locker sekeluarga...heheheh
My recent post selamat hari raya.. pertama kali beraya dengan blog ^_^
1 reply · active 708 weeks ago
hahaha tuan adminnnn :D
sapa la yang tak suka kenal orang sweet mcm akak kau tu haa.. aku rasa semua admin setuju punya dgn kata2 aku, lagi2 amal + penyu. nasib pulak tak boleh plak kat sini. haha #motifff
oh ya...by the way...akk aku ckp suara ko slow sgt bila ckp ng die...romantik beno...wakakakakaka :P
1 reply · active 708 weeks ago
by the way ( nak jugak) suara slow bukan nervous tau. mmg aku mcmtu if ckp dkt2. klu ckp jauh baru aku ckp kuat sket. :D
haahhaa... told u already rite... sy tak suke tunjuk pandai depan lelaki.. hahahhaa... =P
My recent post im gay! im okey!
1 reply · active 708 weeks ago
fahmi, selamat hari raya! :) maaf salah silap.
1 reply · active 708 weeks ago
namee, selamat hari raya juga okay~ =) moga raya kali ni paling bermakna buat namee sekeluarga. maaf juga salah silap sepanjang jadi non/silent reader ya =)
wah!!! gua pun ada nama!!! :) *shy shy cat* hanya you seorang je yg pggl i melur tau.. haha.. melekat terus kot.. :) i baru nak mula active blogging again. dah jauh dr dunia blogging semenjak kerja yg 24/7 ini. hope i boleh catch up. nanti ajar2 kan i balik tau :)
My recent post Salam Aidilfitri

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails