20 August 2011

MAX vs SuperJunior : Perlukah?

Kenapa kita tak perlu bersungguh sungguh banding MAX dengan SuperJunior...??? Bukan entri backup la sangat, tapi harapnya review entri pada isu kontroversi ni membuka mata kita lebih luas dari sekadar mengikut perasaan dan conform pada public. Kita sedia maklum, tak semua orang bersedia untuk bercakap suatu yang lain dari apa yang majoriti nafikan atau iyakan. Betul, kan? =)


Jika nak senaraikan list (dah lah senarai, list pulak tu, BM hang berapa, Fahmi?) yang boleh dibandingkan, memang lah banyak. Maybe boleh pukal terus.

Namun, Jika kita buat pebandingan secara adil, and secara kritikal, rasanya ada 3 elemen utama yang kita boleh guna untuk bandingkan mereka . Nak tahu lebih lanjut?



1) Faktor inovasi + perintis

Rentak Pop adalah satu rentak yang universal, dan hampir semua budaya dalam banyak negara mengiktiraf pop sebagai muzik volatile, mudah meruap ke dalam muzik asli bangsa.

Projek, mana-mana pun, yang bermula dengan konsep yang baik, dan menjadi pioneer kepada pengikut lain, adalah projek yang ada benchmark tertentu. Dan semestinya, (kebanyakanlah, mungkin, andai tak semua pun, kan), pioneer akan sentiasa memiliki keleihan dari pesaing + penirunya.

JIka kita buka mata, lebih luas, kita akan sedar, perintis memang akan sentiasa ditiru.

Apple sebagai perintis mp3 player dengan skrin, ditiru oleh Creative, dan lain2 lagi.

Linux, ditiru oleh Microsoft Windows.


Namun, pioneer akan sentaisa ada kelebihan. Jadi, sebagai peniru, kita harus comparekan mereka dengan peniru yang lain.

Untuk ini, bila kita compare mereka, kita akan tau, Superjunior adalah pionee. Jadi sah-sahlah MAX tak akan boleh dibanding dengan seadilnya, dicompare dengan SuperJunior. Maybe kita boleh comparekan dengan group dance pop yang ramai-ramai , tapi bukan yang asalnya.

Contoh, nak compare iPad dengan GalaxyTab , maybe boleh, tapi nak compare iPad dengan CSLPad yang rm700 tu, memang tak boleh. CSL Pad tu maybe lebih layak dicompare dengan Acer punya pad, atau blackberry, sebab depa datang kemudian.


2)Kekemasan koreografi + sinematografi (betul ke aku guna term ni?)
Penataan pentas, cahaya,, kamera dan tarian adalah faktor yang penting untuk menyerlahkan group dance pop .. lebih2 lagi dalam video klip.

Mungkin saja isu bajet, atau kekangan masa, atau juga sumber manusia, kita tak dapat nak menghasilkan video clip yang bagus, ... itu belum cerita lagi soal komitmen.

If kita bercerita tentang dance tak synchro, .... kan?sSiapa kata superjunior takde masalah synchronization , waktu awal2 video dorang dulu? bukanlah nak backing, tapi sampai menghina produk negara sendiri dengan kata-kata berbau 'haiwan' bukanlah suatu perkara yang elok juga untuk kita sebut2kan.

Letakkan diri anda dalam kasut Max tak kisah lah yang bersayap atau tak, dan bayangkan apa rasanya, jika orang yang mem'haiwan'kan mereka itu adalah abang mereka sendiri yang tak pernah betul2 mengiktiraf mereka dan pencapaian mereka, atas apapun pengilbatan yang mereka cuba capai untuk diri sendiri.

Bukan abang? oh, mungkin ayah, atau man2 role model berjenamakan 'lelaki'.

Dan anda yang tak kenal pun mereka, tambah lagi tekanan.

Kamera dan sinematografi memang memainkan peranan yang penting. Baru effect nampak pro. Tak mengapa jika mahu guna DSLR yang ada Video Function, tapi pastikan ilmu editing video dikuasai sepenuhnya.
Baru boleh release single. =)


3) Faktor Market atau Pasaran .
Pasaran produk hiburan Malaysia, tanpa kita sedari, lebih banyak memberi keuntungan kepada produk berbentuk carbon-copy. Produk carbon copy ini memiliki satu sistem atau skema yang boleh diduplikat untuk menghasilkan keuntungan lain, baik jangkapendek atau jangkapanjang.

Lihat konsep Akademi Fantasia. Tolak tepi dahulu isu kualiti, dari Venezuela, konsep francais ini dibawa ke Malaysia, dijadikan platform untuk pelbagai lagi 'jenama' yang menghasilkan bintang realiti dari pelbagai niche genre hiburan, konsep, dan penajaan hadiah.

Sebagai risktaker, berbekalkan kajian yang detail atau biasa-biasa sahaja, produksi yang menghasilkan Max dan Gula-gula (kapas?) menggunakan sistem ini untuk membuka semula market industri hiburan tanah air.

Faktor market juga ada kaitan dengan masa, dan generasi berfikir. Tidak semua peniruan akan berjaya sepenuhnya.

Satu masa dulu New Kids on The Block (NKOTB) adalah fenomena. Siap lagu Singer (produk elektrik dahulu keluaran Malaysia, sebelum dijenamakan semula jadi apa, tak ingat) tiru lagi lagu untuk Periuk Microwave.

Kemudian ia merudum dengan sebab tertentu. Antaranya mungkin, adalah perubahan sosio-politik Barat yang mula membawa angin perubahan kepada nada lagu yang lebih provokatif, mendesak, dan revolutionary. Band metal + underground menyebabkan mereka (NKOTB) hilang dari radar.

Namun ketika Backstreet Boys dan NSync muncul semula dengan pembaharuan NKOTB berjenama boyband, tumbuh segala macam boyband yang lain. di luar negara, A1, 98 Degrees (hotstuff la tu kononnya ya), Westlife, di Malaysia ada Option One, 4U2C, Nico, dan lain-lain lagi (korang kenal ke mereka ni lagi?)

Tapi sekarang Backstreet Boys pun dah tak gunakan konsep asal mereka, iaitu dance pop + techno (somehow), tapi lebih ke arah pop rock. N Sync langsung bubar. Westlife? Langsung tak market di Malaysia sudah, kecuali memang hard die fan mereka lah.

Bila kita lihat MAX, akan sampai satu masa, di mana MAX perlu keluar dari konsep M Pop dan berdiri sebagai satu entiti yang lebih stabil, dan keluar dari bayang-bayang peniruan mereka.

Namun, buat masa sekarang, jika mereka masih dalam kepompong peniruan, peniruan itu haruslah berjaya 110%, barulah orang akan berhenti berkata-kata, sekurang-kurangnya.


Mungkin di masa akan datang, penjenamaan semula M- Pop akan bakal memperbaiki keadaan. Sebab muzik ni, macam  buah-buahan, bermusim. Kan?

Dan, masa akan datang, akan hanya ada jika kita hidup dengan baik pada masa kini. Kalau tak , mana ada orang cakap "budak ni takde masa depan". Kan?




Jika sukakan entri ni, do reward me with the ads below, ya =) Ada soalan atau pendapat nak kongsi? Jom, sembang2 di ruangan komen di bawah. Jom, jom!

Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
hey fahmi. :)

ada betulnya juga point awak. lagi2 yg pasal concept pop tu adalah universal. tp yg menjadi bahan ejekan hebat sebab mereka memperkenalkan diri pada public sebagai Malaysian KPOP. tu yang orang booo. cuba kalau dia jangan mention KPOP tu langsung, tentu lah tidak seteruk ini kritikan dr orang lain.

contoh group...FORTEEN. saya tengok image dan style sungguh KPOP tapi diorang tak pernah proclaim bahawa they all adalah perintis kpop. so masyarakat boleh terima :D

pasal Max, yg saya rasa sungguh memalukan adalah..tarian diorang yang teruk. memang dasyat gila nampak macam pemalas. nak jadi penghibur tp at least mk some efforts lah untuk maju. menari biar lah sama dan sharp. betul tak ?? :)

hehe..
1 reply · active 710 weeks ago
wahh. namee komen sini laaa =)
saya setuju first paragraph namee juga. selalunya, bila peniru mention apa or siapa yang ditiru, kehendak social menyebabkan mereka dibandingbezakan lebih teruk berbanding jika mereka tak sebut pun fakta tersebut. itu fakta.

Max mmg perlu improve tarian mereka, tapi kita pun perlulah bagi ruang pd mereka untuk improve. Suju awal2 pun gitu gak mslh dia, biasalah, dance pop, mmg tarian la tarikan utama, wlu mgkn tak seteruk MAX la kan. =)
kes nie timbul sebab promosi yang lebih-lebih , perlu ingat di Malaysia stail-stail "JAMBU" tak diterima . Yang suka bab-bab jambu nie budak pompuan jer .

Mana ada lelaki yang minat lelaki jambu mengaku kacak . Memang benar satu masa dulu lelaki minat kumpuan artis lelaki sehingga siap ada poster . Tapi sebab utama nyanyian diorang .

Bila dilihat kembali , MAX 247 nie lebih pentingkan promosi body dan muka diorang daripada kualiti persembahan .
My recent post Perkara yang akan memeriahkan hari raya aku
1 reply · active 710 weeks ago
lama2 nanti orang slow la tu. biasalah, komen2 hatred mcm ni biasa sekejap jek.. and aliran traffik pun akan mengikut (flocking into) social likeability kan.. if MAX tu boleh improve lagi,takde sbb org akan komen.
ramai org kutuk dan hentam dorg sbb dorg macam nk tiru korean tapi tak menjadi. sbb tu org bertambah boo sebab KOREAN POP. orang kecoh sbb ia melibatkan budaya dan identiti, org malaysia, buatla MPOP. ini buat KPOP, dah tu tak menjadi pulak.

hehe. mcm mcm dah sekarang ni.

peace :)
My recent post suasana hari raya; deco deco deco hari raya
1 reply · active 710 weeks ago
sebetulnya, peniruan mmg akan datangkan isu tu. kan? apapun, biarlah kita bersederhana dlm mengkritik. bimbang kita tak semenggah mana nak kritik orang, tu jek.. =)

tq ya sudi singgah sini n komen2.. =)
mula mula diorang cakap diorang malaysian Kpop . tapi bila orang tak terima baru nak tukar Mpop . sampai sekarang diorang kena banned , sama lah dengan grup gula-gula tu. contoh yang boleh dilihat grup Forteen yang under KRU tu.. diorang tak buat isu Kpop ni pun walaupun style diorang lebih kurang sama je dengan kpop tu.. hehe.. :)

ps: aku tak kesah sangat pun . layan je semua .. haha :D
1 reply · active 710 weeks ago
aku tak kisah pada mulanya. tapi bila masing2 flame poyo sgt mwar2kan kebencian, aku jadi rasa cam 'ini mengarut laaa pls stop" .thats why aku buat entri psl ni.

aku tak suka orang yang benci ikut2an, bkn sebab dia sendiri sedar + tahu apa yang dia bencikan.

nak tau orang tu tau ke tak, tgk dia quote tu 24:7 atau MAX. cukuplah.

org kata, membenci n meneyukai something tu biarlah brasas... barulah hati senang, otak pun lapang nak terima. =)

TQ sudi singgah sini azri~ =) header ada mslh pape tak?

Post a new comment

Comments by

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Related Posts with Thumbnails