3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

05 May 2011

Blogging: Cyberwriting atau Cybershmucking


Blogging mungkin tak semudah bowling, lempar,  hentam  bola, samada split, strike atau longkang.
Perlu fikir isu, entri, opening dan closing.
Perlu fikir reader.
Perlu fikir sentimen yang mahu dipertimbang atau dijaga.



Lagi2 kalau blogging itu cumalah sampingan dari site utama yang ada produk atau servis yang dipersembahkan.Atau diperniagakan.
Tapi blogging  tetap akan ada kaitanya dengan persepsi.

Dari satu sumber idea, persepsi membawa pemikiran manusia kepada pelbagai tindakan.  Persepsi, atau tanggapan, membolehkan kita membawa idea asal tadi ke mana-mana.

Soalnya, adakah ia berbaloi?

Dari persepsi yang terurus, blog mampu menjadi medium perantara untuk seseorang menjadi pengusaha, dalam konteks membawa servis dan produk yang baik. Melalui networking yang baik, sitelinking, backlinking, Group2 Blogger di Facebook, produk yang baik dan servis yang menarik, mampu menaikkan nama seseorang dan perniagaannya juga.

Tapi dari persepsi yang tidak begitu baik, contohnya, yang mungkin persepsi ini datang ketika kita menerima kritikan orang lain dengan negatif, atau memandang satu perkara dari satu sudut saja (mungkin), entri2 yang terhasil biasanya:

1) membuatkan kita tampak 'murahan'
A mungkin melepaskan entri nya beseta keterujaannya bergambar bersama artis yang sekian lama dikaguminya. B melihat entri A, dan meninggalkan komen berbaur sindiran "ape ade hal , kalau blogging takat nak share gambar dengan artis".
A kemudiannya membuat satu lagi entri, complaint tentang tindaktanduk B di blognya.
Tak lama kemudian, B pun beebuat perkara  yang sama.

Walaupun pada asalnya, A berkongsi cerita atas dasar keterujaannya berkongsi, dengan rakan2 pembaca.

Namun atas sebab persepsi negatif dari B dan dari A sendiri (pada se Serangan B tadi), blog menjadi medium 'mededahkan kemurahan' diri sendiri. Sedang pada asalnya A dan B boleh memiliih untuk ada tanggapan yang lebih positif.

Mungkin B dari awal boleh mengambil tanggapan "A  ni seronoknya berkongsi gambar dengan artis " . manakala A pula boleh memilih untuk mengambil serangan B sebagai teguran membina . Mungkin kalau tak mahu terima kasih pun, boleh pilih diam saja. Sebab kan kita maklum, bukan semua orang akan setuju denan kita. Ingat Lukman Hakim dan anaknya, bukan? :)

2) membuatkan kita kedengaran 'reaktif'
Bila ada isu, pantas saja mengkritik (ya, tunding pada diri sendiri juga). Tanpa mahu terlebih dahulu mencari sebab disbalik isu, dan cuba mencadangkan penyelesaian. Apatah lagi menjadi contoh atau 'the leading example'. Ya, mungkin saja keghairahan kita mengejar SEO membuatkan kita menjadi pengkritik yang kritikal, tetapi bukan  pengkritik yang penuh dengan solusi.

Di mana kita dalam hal ni?

p/s: entri ni sangat serius bunyinya. Sebab dah lama rasa macam tak berfikir sangat

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails