3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

27 May 2011

Blah! Ini Port Gua!

Satu hari, sekawan lembu pergi meragut rumput di tempat favourite mereka. Cantik. Tapi memang tempat ni serius diorang suka sangat. Tempat ni selalunya memang banyak rumput2 yang segar

Selalunyalah.

Tapi hari ni, diorang tengok rumput tu semua takde dah. I mean, kurang lah.

Nun di hujung, diorang nampak ada sekor lembu tengah rileks2 macam baru lepas makan rumput yang sangat banyak aje. Muka riang. Mata stim. Kenyang sangat lah tu?

Dengan hairan dan geram, diorang pun berlenggang dengan pantasnya ke arah lembu ini.

"Woi!" Apsal kau abiskan rumput2 ni?" Dogol, ketua kumpulan lembu ni dah start moody.

Lembu yang seekor tu diam je. Sengih.


"Apa sengih2? kau ingat kau hensem ke, lembu betollll la!" Sam, adik angkat merangkap naib ketua kumpulan , mula mengangkat suara.

"Tah! Dah la pink. Ko ni lembu mana datang ha? Pelik je aku tengok?" Bulat (bajet gemuk, tapi sebetulnya keding je lembu ni) berpusing2 mengelilingi lembu yang seekor ni. Dilihatnya dari atas ke bawah.


Lembu tadi diam jugak.
"You don't know whom you're messing with, dawg", hatinya berbisik. (Peh, lembu speaking kut. Lembu mana ni)

Sambil sengih, mukanya meliar , matanya melingas mencari sesuatu. Ekornya mula terkipas2.

Dia jumpa apa yang dicarinya. "Tuan!!!!" Jambu melaung suaranya kuat2, biar tuannya dengar. (Peh, nama lembu pun Jambu?~)

"DAMMMMMM!!"

Bunyi senapang sedas berkumandang di situ. Rumput di hujung kaki Dogol berasap. Dogol mengemuh kuat beberapa kali.

"Tuan dia sniper laaa!~ Blah, blah, bla-"

Tak sempat Dogol habiskan cakap, bila dia pusing belakang, Sam dah bawak kawannya lagi yang berempat tu, lari tak cukup tanah.

"Kurang asam, korang tinggal aku~???!!!" Dogol mengejar rakannya termengah2.


Jambu yang sekor tu sengih. Dalam hati,
"♪ Haha, ko dah  blah. Baguslah. Sekarang, ini port Gua!"

Moral : apa yang kita ada sekarang belum tentu selamanya milik kita. Begitu juga dengan rezeki kita sekarang. Maka haruslah beringat dan berpada2~ lagi2 time makan tu. Kadang kita ni bila dah dapat gaji tak ingat, makan tu makan ni, beli tu beli ni. Simpan pun belum dan lagi. Tau2 dah tinggal ciput.

Bak kata orang jawa, "Never put all your golden eggs in one basket."

Renung2kan dan selamat beramal!

trivia penting tentang lembu dan industri produk tenusu berasaskan lembu:

Adakah korang tahu bahawa:
1) industri penghasilan daging dan susu lembu adalah antara industri yang disubsidikan, oleh kerajaan, di seluruh dunia?
2) tanpa subsidi, harga burger daging setanding kualiti McD mampu mencecah RM43.50 sebiji?
3) Terlalu banyak lembu di pasaran yang daging dan susunya mengandungi sisa hormon tumbesaran (HgH)
4) Kualiti susu dipengaruhi oleh apa yang lembu makan?
5) KEBANYAKAN industri berasaskan susu lembu mengambil susu yang murah,
6) susu yang murah datangnya dari sumber lembu yang makan soya dan jagung, bukannya rumput?
7) susu lembu yang segar, tidaklah sebenarnya betul2 segar. Sebab ia tidak datang 100% dari lembu segar, tapi dari lembu industri, yang hidupnya susah dan matinya tak mahu-mahu. Kenapa?
8) sebab lembu industri makan menda yang bukan makanan asasi mereka, tapi makanan untuk biarkan mereka tetap mengeluarkan susu, susu dan susu... nak makan menda lain? apa? apa pun tak boleh!

Sumber:

Healthy milk comes from less-gassy, longer-lived cows, study says. Artikel dari Food Freedom, bertarikh By Leah Zerbe dari Rodale NewsDiambil pada 26 Mei 2011.



p/s : Jambu , Dogol dan Sam kat atas tadi, adalah contoh lembu organic.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails