3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

15 April 2011

Mencari Diri: Momentous Event of Change

"Eh, kenapa kau tak ikut jalan tadi, Fahmi? Macam jauh je jalan ni?"
"Saja, bukan apa, pegi jalan lain, balik jalan lain, jauh sikit pemandangannya..."
"Oh. Tak kisah lah, estet pun estet. janji sampai, tak sesat. Haha."

(Diam sebentar. Radio berkumandang lagu Ketika Cinta Bertasbih)



"Eh, Fahmi.. aku rasa tak best lagi la.."
'Emm. Nape? Sebab isu bayaran hakim lagi ke nih?"

Kereta dipandu sedikit perlahan mengelakkan bonggol dan lubang di sepanjang jalan Raja Musa ini. Kesan lori bermuatan kelapa sawit yang bukan sedikit, mungkin.
"Haah la.. Rasa macam tak patut pulak, Fahmi."
"Hmm... yelah. Jauh kan? Sebab tu la aku yang bersungguh2 nak drive. Tau kau mesti tak laratnya .Haha"

"Bukanlah kita mengharap sangat.. tapi jalannya kan jauh. Kut2 hulur duit minyak sikit ke kannn hehe. "

"Hmm... betul ke tu yang kau rasa? Tadi aku dengar ada orang citer pasal isu dia rasa dihargai sebab dijemput jadi nasyid? hehehe (gelak jahat)"

"Haha.. tu mmg tak dinafikan/"

"alah, Bro. Kalau nak dikira duit, sampai bila pun kita takkan puas. At least kau jadi hakim nasyid, menda yang memuaskan hati kau kan. Aku rasa kau pun happy tengok bakat2 baru tadi. kemain yea.."

"hmm..... betul juga kata kau tu. Lagipun hafiz pun dah halalkan.."

"emm.... murah rezeki dia insyaAllah"

Kereta dipandu laju menyusur keluar, sebelum beberapa kilometer lagi masuk ke lebuh raya. Radio bertukar lagu, ke track seterusnya "bius cinta".

"Kepuasan tu, tak dapat dinilai dengan duit semata2 kan? tapi betullah, nak buat mcmana, sekarang, mana2 mata kita akan nampak duit dulu, baru puas. aku pun kadang lupa jugak. bila kau cakap mcmtu baru terfikir semula."

"Emm..aku pun suka bila aku dapat tengok bakat2 baru nasyid ni. Sabtu ni aku jadi hakim lagi kat Bangi pulak."

"Hmm.. baguslah tu Afiq. Manalah tau, kau dapat scout sekolah2 baru yang perlukan pemimbing group mereka. boleh kau sumbang kemahiran dan ilmu kau pada dorang. Berkembanglah kebaikan dan kehenseman kau.. mana la tau kan, haha"

"tengoklah camana nanti. Ko doakan lah ehh"

Kereta dipandu terus menuju ke Exit Sg Buloh.

Persoalan kepuasan hidup banyak berkait rapat dengan cara kita memandang kehidupan.

Ramai yang sedar hakikat dunia dan mengaitkan kepuasan hidup dengan menemui erti hidup yang sebenar.

Tak kurang juga yang mahukan wang yang banyak dalam hidup dan menyangka akan lebih puas bila ada wang yang lebih.

Bagi saya, apabila kita memandang hidup sebagai peluang untuk memberi lagi dan lagi, rasa puas itu hadir, bila melihat apa yang kita berikan itu, dihargai dan digunakan sebaiknya. Malah disebarkan pula.

Kerana erti hidup itu benar2 pada memberi.

Ajar tutor. Ajar blog. Ajar Flash. Kongsi pesanan. Ajar apa yang mampu. tolong apa yang perlu. Sebab tak berapa berharta, jadi kita beri apa yang kita ada.

Kerana memberi itu belum tentu pernah betul-betul merugikan.

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails