3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

06 April 2011

Aiskrim dan tingkah laku belajar

Entri ini dibuat selepas terdapat peningkatan trafik mendadak ke blog saya, dua hari lepas (4 April 2011), barangkali selepas ada isu pengambilan aiskrim di kalangan pelajar. 





(Oh, rupanya ada yang mencari statistik pengambilan aiskrim di kalangan pelajar.Assignment eh?)


Entri ni tak SEO mana pun, tak kisah, jom saya fokuskan kepada isu sebenar. Boleh? Jom!


Aiskrim sebagai trend

Aiskrim sama trendnya seperti minuman bekarbonat yang memang ditujukan marketnya khas buat mereka yang merasakan mereka masih muda mudi belaka.

Tiap pengeluar produk makanan + minuman tahu, golongan ini adalah golongan yang sangat sukakan trend, suka up to date, dan suka mempengaruh dan terpengaruh dengan rakan sebaya.

5 ke 10 tahun dulu, aisrim yang paling popular selain jenama Walls, adalah aiskrim Malaysia. Kembali ke nostalgia sekolah, beratur pelajar2 membeli aiskrim yang sememangnya sangat mudah disedia.

Campuran minuman harian, contohnya Milo, oren asam boi, sirap bandung, laici, terisi ke dalam plastik sepanjang 20-25cm. Setelah disejukkan, jadilah ia bahan konsumerisme yang sangat boom!

Kini, ia tidak lagi 'musim', semusim dulu.

Remaja dan pra dewasa kini lebih sukakan trend yang berjenama luar, termasuklah aiskrim import dengan sistem franchise. Contohnya aiskrim jenis frozen yogurt Tutti Frutti, Haagen Dasz, dan Baskin Robbins.

Aiskrim tempatan berjenama masih diambil lagi, tapi perlukan sedikit idea + penjenamaan konsep aiskrim yang baru mungkin?

Kenapa aiskrim import dan bukan aiskrim tempatan?

Imej, bro. Imej. Kalau dulu walls pun dah rasa high + elitis, dengan iklan menggambarkan ekslusifnya makan aiskrim mahal. Tapi sekarang, mereka terang2an target golongan pelajar , dengan mengaitkan kisah cinta remaja dalam aiskrim. Cliche?

Kau tak makan aiskrim, kau tak cool.

Mana ada remaja sekarang yang suka dikatakan tak up-to-date? Nanti takde orang nak kawan. huhu~


Aiskrim sebagai sumber glukos pantas

Sebagai golongan yang sangat aktif, sumber glukos penting untuk remaja dan pra dewasa. pengambilan aiskrim memungkinkan tenaga dan zat2 penting dari aiskrim (vitamin + galian kalsium susu, + protein wlupun tak seberapa,) dioptimumkan penyerapannya.

Oleh itu, aiskrim, untuk tujuan ini, adalah alternatif terbaik selepas susu sendiri. Selain Hanis Zalikha dan segelintir pra dewasa yang benar2 sedar kepentingan pengambilan harian kalsium yang optimum (selain rasanya yang agak sedap jugak la), kita maklum susu bukanlah kegemaran utama golongan remaja apatah lagi pra dewasa (lebih2 lagi yang rasa minum susu tak cool).

Perbandingan Aiskrim tempatan dan luar negara
Aiskrim luar negara bezanya pada dua perkara saja.. (takat yang saya nampak).

Pertama, harganya.
Harga yang sedikit mahal untuk kuantiti sebanyak itu menanamkan ideologi 'kualiti itu mahal'.Walhal kita juga sedia maklum bukan semua yang import dan yang mahal itu bagus.

Siapa yang belum tahu jambu batu yang tropika sungguh itu lebih banyak vitamin c 16 ke 18 kali lebih banyak dari anggur yang dijadikan konsep bahan utama Ribena? tapi kenapa kita lebih suka beli Ribena dari makan + beli jambu batu? Sebab jambu  batu dalam plastik 20 sen dan ribena dalam botol cantik?

Sekali lagi, bkn semua yang berkualiti itu mahal. Dan bukan semua yang mahal itu berkualiti.

Kedua, ramuannya.

Ramuan 'secret' yang memungkinkan aiskrim bertahan sejuk dalam jangkamasa agak panjang, juga rasanya yang luar biasa sedap... hmm.. ada rahsia tu.

pernah dengar isu rum dlm aiskrim Baskin Robbins?

lebih kurang tentang isu gelatin bovine untuk bentuk aiskrim yang lambat nak cair?

You got me.

Maybe kita juga boleh katakan, fungsi lain aiskrim, selain memberi rasa manis-manis sejuk di bibir dan mulut, terutamanya kepada media, adalah untuk membentuk (baca: mengawal) masyarakat untuk stay mandom dan fikir menda2 yang biasa2 je, routine hidup, berbanding fikir something big untuk ramai orang lain.

Fikir isu cinta. Fikir isu status. Fikir nak cari kawan yang makan jenama yang sama. dan lain2 lagik.

Dalam perspektif functionalism sosiologi, kita panggil fungsi ini sebagai fungsi tersembunyi atau tersirat. Semua perkara dan kejadian ada tersurat dan tersiratnya kan?

Haha. Ini skeptikal.

Kembali kepada persoalan isu aiskrim dan tingkah laku belajar, apa yang boleh kita hipotesiskan dari dua point besar ini adalah :

1) dengan glukosa berlebihan dalam darah, yang belum dapat digunakan sepenuhnya (sebab dalam aiskrim ada gula asal glukosa dan juga gula fruktosa dari perasa dan galaktosa dan laktosa susu tu sendiri), pelajar mampu belajar lebih lama... atau, pelajar mampu mengalami rasa hilang atau kekurangan daya fokus apabila kadar gula terlalu tinggi. ADHD yang menyerang kanak2 juga disebabkan pendedahan terlalu awal kepada glukosa ringkas berlebihan.

2) dengan trend ambil aiskrim, ia mampu mewujudkan click2 dalam komunikasi sesama pelajar di tempat belajar. Sama ada click ini sihat, atau tidak, bergantung kepada jenis apa click yang depa join.

3) kekuatan aiskrim sebagai sumber makanan tambahan untuk pelajar boleh disokong, namun perlu diperbaiki dari segi kandungan nutriennya yang lain. Pelajar memang perlukan glucose untuk memacu daya fikiran, namun zat2 lain juga perlu ditambahkan dan dilebihkan mengikut kadar yang baik.  R&D sangat perlu bukan saja untuk create new market, tapi juga untuk update content-wise dalam aiskrim.

4) mungkin kita mampu ada PAP (Program Aiskrim Pelajar) macam Program Skim Susu Sekolah dulu (jangan pula buat tak nampak yang PSSS ini dihentikan sebab tender tak jaga kualiti, sebab nak duit dari kerajaan tapi tak nak buat betul2 selain cuma nak duit dan bagi budak muntah and keracunan), selepas Comissions untuk perkara ini disetupkan.

Adess. Rasa cam nak beli aiskrim satu. Dah la panas kat luar nih.

p/s: Entri paling panjang pertama untuk 2011

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails