3 Entri Paling Kerap Dibaca Seminggu Ini

29 April 2011

Artifak I: Ruins of Okinawa dalam Pokemon

Puing kota dasar laut Okinawa dalam imaginasi Satoshi Sajiri

 
Kepulauan Okinawa di Jepun menjanjikan satu premis baru bagi  mereka yang masih belum mampu menerima hakikat bahawa Melayu bukanlah sekadar bangsa yang tidak suka berkongsi negara.

Bukan juga bangsa yang hanya mampu menahan sabar di hadapan bermuka2 tapi bising2 di belakang apabila
berlakunya celaka dan musibah.

hakikatnya, Melayu mungkin memiliki alter yang tidak suka berkongsi negara, dari moyang2 terdahulu mereka. Mungkin saja, sebab Melayu  bukan saja memiliki negara tetapi juga memiliki daya juang menguasai dan membebaskan negara lain dari kuasa-kuasa yang lemah.

Berbalik pada penemuan piramid di kepulauan Okinawa.


Di dasar laut kepulauan Okinawa, telah ditemui satu penempatan asing, kira2 satu batu dari permukaan laut mereka.

Penempatan ini, menghimpunkan binaan ziggurat, yang dilengapi dengan sistem kehidupan yang ada pada zaman sekarang, terutamanya kesan sistem saliran dan pengangkutan.

Ziggurat, adalah lambang kepada keagamaan negara-bangsa Melayu sebelum datangnya Islam. Pembinaan ini mengambil masa kira-kira 5000 ke 6000 tahun sebelum kisah Tamadun Mesir Purba bermula (Tamadun Mesopotamia yang dikatakan Tamadun pertama manusia di dunia, do correct me if i'm wrong).

(Ziggurat turut dijumpai kesan2nya di lokasi sekitar tanah melayu, membawa hingga ke Champa, namun dirahsiakan dari pengetahuan umum. Kewujudan entiti mampu mengesahkan ziggurat2 ini pernah ada di situ)

Sehingga artikel dari kajian asal ditulis dan diulas semula di blog MacJay.Net, saya pernah dan sering bermain Pokemon Emerald + Sapphire satu ketika dulu.

Saya ingat saya pernah berbincang dengan rakan sepermainan mengenai isu sealed chamber di legendary city berhampiran Slateport city.

Yang pastinya juga, Jepun, dalam tiap produknya, akan memasukkan unsur sejarah dan mistik mereka. Contohnya Kamen Rider Den-O, Double, dan Ooos.

Den- O, sebagai contoh, memasukkan unsur imagin, ke dalam story line mereka. imagin, bila difikirkan dari perspektif kerasukan, hampir sama dengan jin2 yang  merasuk masyarakat Melayu.

Konsep kerasukan dalam Melayu menyebabkan "vessel" (badan yang dirasuk) memiliki ciri 'host'.

Seandainya host kuat, maka yang dirasuk, walaupun perempuan, mampu mengalahkan kekuatan 3 orang lelaki dewasa normal. sebagai contoh.

Namun Den-O bertindak selangkah lebih moden. Perasan atau tidak, setiap kerasukan menghasilkan personaliti dan kekuatan yang berbeza pada vesselnya.

Dan seorang vessel mampu 'dirasuk' berbilang host.

Di sini kita mampu lihat bagaimana Jepun cuba untuk mengaitkan jin dengan sesuatu yang tidak hanya bersifat ghaib, namun mampu dimanipulasi ke tahap "supersuit".

Ops, jom kembali ke cerita asal.
Pokemon tidak terlepas dari unsur ini.

Ketika itu perbincangan tidaklah seserius mana. namun saya ingat saya pernah perkatakan,

"maybe sealed chamber tu simpan rahsia penting tentang Dajjal, atau something else tentang Jepun, yang Jepun sendiri tak tau. kut?"

Dan kawan saya cuma gelak2 kan je. Dan dia kata, "dajjal bukan ke keluar dari segitiga bermuda?" Dan saya diam. Sebab dari pembacaan saya, begitu juga yang dicerita.

Dan bila hari ini saya baca artikel MacJay.Net, saya terus teringat bahawa,

1)dalam game itu, ada ukiran2 didinding yang direkodkan dalam bentuk braille.

Dan dalam artikel mcjay tadi, dikatakan tulisan ini adalah tulisan rencong, ataupun at least tulisan sekeluarga dengan rencong dan hieroglif, yang pastinya tidak sekeluarga langsung dengan tulisan urdu atau sanskrit.

2) Mata,  batu dan air, dalam artikel di atas, adalah perkataan asas Melayu  satu ketika dulu. Perkataan Mata juga adalah perkataan yang sama yang muncul dalam hieroglif tabut Tamadun Mesir Purba,

Berdebar? Mahu tahu lebih lanjut? jom kita baca dan letakkan blog MacJay.Net di blog list juga di Favourites kita. tekan Star di sebelah address, jika anda gunakan firefox.

Update 12/10/2011: Satu terjemahan prototaip (lebih berbentuk kepada tanggapan) boleh anda di lihat di entri Artifak II: Wordy Wednesday

Kita Kawan, Bukan Mahu Lawan

Koleksi Flash Header

Related Posts with Thumbnails